Wednesday, September 25, 2013

Apa yang kita perlu??

Assalamualaikum...

Bismilahirahmannirahim.....


Topik yang saya nak ketengahkan kali ni tentang human basic NEED AND WANT....

Need tu merupakan keperluan yang semua orang nak dan semua orang perlu, kalau tidak memilikinya pasti hidup kita tidak lengkap. Lebih kepada keperluan asas sebagai manusia. Contohnya seperti, rumah, makanan, dan kasih sayang.

Want pula merupakan satu cabang kehendak manusia saja. Tidak memiliknya pun tidak mengapa.  Contohnya seperti rumah banglo, makanan di tempat hotel 5 star dan apa-apa sahaja yang melebihi daripada sewajarnya kita miliki.

Sekarang saya rasa terpanggil untuk menulis tentang Keperluan dan Kehendak ini kerana saya merasakan sesetengah orang gagal membezakannya mengikut peredaran zaman sekarang.

Menurut perspektif Psikologi

Maslow (1968,1970), Teori Hierarki Maslow (Maslow’s Needs-Hierarchy Theory) diperkenalkan oleh Maslow. Maslow mencadangkan bahawa manusia mempunyai lima keperluan peringkat tinggi.

=>keperluan Fisiologikal (Physiological Needs) – Manusia memerlukan keperluan fisiologikal tertentu seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan.

=> Keperluan Keselamatan (Safety Needs) – Maslow berkata apabila keperluan fisiologikal telah dipenuhi dengan memuaskan. Barulah keperluan keselamatan dirasakan perlu. Setelah mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi. Barulah kesejahteraan diri anda keselamatan dan perlindungan akan mempengaruhi tingkah laku.

=> Keperluan Sosial (Social Needs) – Apabila telah merasa selamat dan telah mempunyai makanan serta minuman yang mencukupi maka keperluan sosial akan menentukan tingkah laku.

=>Penghargaan Diri (Esteem Needs) – keperluan untuk keyakinan diri, kebebasan, pencapaian, kecekapan dan pengetahuan. Keperluan ini mempunyai hubungan dengan reputasi seseorang. Keperluan untuk status, pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan.

=>Pencapaian Hasrat Diri (Self-Actualization Needs) – keperluan paling utama mula mempengaruhi tingkah laku seseorang apabila kesemua keperluan peringkat rendah telah dipenuhi dengan agak memuaskan. Keperluan hasrat diri memotivasikan kita untuk mengenali keupayaan kita sendiri, meneruskan pembangunan diri dan menjadi lebih kreatif.



Menurut perspektif islam pula,

Sarjana ekonomi Islam seperti Afzalur Rahman (1985), M.A. Mannan (1986: 47-48) dan Muslehuddin (1980: 58) mengklasifikasikan barangan keperluan manusia kepada tiga iaitu; barangan keperluan asas, barangan keperluan kecekapan dan barangan mewah. Pengguna Islam hanya berbelanja dalam klasifikasi keperluan asas (dharuriyat) dan barangan kecekapan (hajiyat) sedangkan yang lebih dari itu adalah membazir dan tidak produktif.

Dharuriyat (barangan keperluan asas); semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta. 
Hajiyat (barangan kemudahan dan keselesaan); benda yang membantu meningkatkan kecekapan, memudahkan hidup manusia dan meningkatkan kualiti kehidupan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?”                                                                                                                                                                      (al-a’raf: 32)“Apabila Tuhan sudah mengurniakan rezeki-Nya ke atasmu, Ia lebih suka melihat rezeki-Nya itu pada dirimu (dalam bentuk pemakanan, pakaian dan kehidupan yang baik)”.                                                                                                                                                (Riwayat Abu Dawud)


Kamaliyat (barangan mewah); Benda yang tidak membantu meningkatkan kecekapan tetapi mungkin sebaliknya. Ia adalah barangan-perkhidmatan yang menunjukkan gaya, prestij, perbezaan, kemegahan, kemewahan, kesempurnaan dan kelayakan. 
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir”.
     (al-Ma’arij:19)

menurut perspektif ekonomi pula,



:::MY POINT:::

Jika dibandingkan menerusi ketiga-tiga perspektif ini terdapat persamaan iaitu keperluan merupakan sesuatu yang asas untuk terus hidup. Namun demikian, cara mereka mengkategorikan kerperluan tersebut mengikut sudut kefahaman masing-masing. Jika kita lihat dalam peredaran zaman sekarang separa daripada kehendak kita sudah menjadi satu keperluan. CONTOH!!! telefon bimbit, kereta.

Jika kita lihat semula menerusi teori Maslow di mana beliau menekankan bahawa Keperluan Fisiologi itu hanya makanan, minuman dan tempat perlindungan dan bergitu juga perspektif ekonomi namun begitu dalam unjuran Islam pula menekankan bahawa semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta ialah merupakan keperluan asas. Perbezaan di sini amat ketara jika kita bandingkan menerusi "priority". 

Zaman sekarang priority setiap manusia merupakan sesuatu yang berbeza daripada teori dan prespektif tertentu. Hal ini adalah kerana pembagunan tanpa had dan batasan. Contohnya, teori Maslow menekankan tentang tempat tinggal, ya tempat tinggal memang asas yang diperlukan namun bila kita fikir secara wajarnya tinggal di rumah sendiri atau menyewa?? mungkin di perkampungan orang masih mampu memiliki rumah sendiri tetapi bagi penduduk bandar mereka hanya mampu untuk menyewa. Hal ini kita lihat mampu mengubah pandangan kita terhadap teori Maslow. Tempat tinggal memang penting tetapi konsep keselesaan dalam teori itu sendiri telah menegah kita untuk mengatakan keperluan terhadap tempat tinggal itu satu yang teoritikal.

contohnya: rumah sewa dan menyewa bersama dengan orang lain kerana kos rumah sewa yang tinggi. konsep keperluan fisiologi boleh dicapai tapi tidak sepenuhnya kerana konsep keselesaan itu tiada.

Manakala, perspektif islam pula mengutarakan tentang perlindungan diri,agama, akal dan keturunan dan juga harta. Keperluan manusia berpadanan dengan apa yang seharusnya dan sewajarnya dimiliki. Perspektif ini merupakan sesuatu yang sewajarnya kita fahami di mana dengan ada perlindungan diri iaitu tempat tinggal yang selesa mampu menjadikan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan menghasilkan keturunan yang baik.

contohnya: rumah yang selesa, keadaan tempat yang selesa dan persekitaran yang selesa mampu menjadi tempat perlindungan diri yang selesa dan jaminan hidup yang lebih selamat dan lebih mudah.


OLEH ITU, keperluan sekarang bukan bermaksud tempat tinggal, makan dan minum sahaja tetapi perlu diingatkan juga separa daripada kehendak kita itu merupakan keperluan untuk kita menjamin hidup yang harmoni.

Kalau kita menggunakan kereta pastinya kita akan memikirkan kereta yang lebih berkualiti dan jaminannya tahan kerana apa?? kerana semakin banyak kita mengeluarkan wang dalam satu bahagian semakin kita payah untuk melaksanakan satu bahagian yang lain keperluan kita.

Kalau kita mengenepikan makanan yang berkhasiat pasti kesihatan pun kerap terjejas dan tabungan untuk bahagian lain pulakan sukar dilaksanakan.

Kesimpulannya, Hidup kita bukan asas pada teoritikal tetapi pada asas realiti! cerminan realiti itu akan nampak bila kita hanya berpegang pada  konsep kehidupan. Bersederhana dan jaminan keselesaan untuk hidup. Realitinya konsep keperluan dalam islam merupakan tunjang untuk kita menilai di mana aturcara hidup yang kita pilih. Rumah yang baik pasti keturuan yang baik dihasilkan. Harta bukan tidak penting tetapi harta yang berlebihan itu sahaja menjadi tentangan untuk dimiliki dan wajar dikongsi bersama.


::p/s mana tersilap saya dalam menilai ketiga-tiga perspektif ini tolong diperbetulkan. 
Za

ZA

Tuesday, September 24, 2013

Perkongsian Psikologi.....

Assalamualaikum...

Bismilahirahmanirahim....




Pengenalan

Murid-murid sekolah rendah merupakan jentera utama  dalam kelangsungan  bangsa madani  untuk memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda untuk keseimbangan potensi individu.
Pemahaman membaca dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu pada aras mudah, sederhana sehinggalah kepada aras yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Dechant (1981), Ismail Zakaria et al. (1992) dan Safi’ah Osman (1990) yang menekankan bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman membaca pada peringkat yang paling asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang lebih tinggi. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid- murid yang gagal untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985).
Pernyataan tersebut memberi input kepada kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid adalah berpunca daripada kegagalan guru dalam mengaplikasikan amalan dan strategi membaca secara sistematik dan efektif. Dilihat daripada aspek psikolinguistik, membaca dan memahami akan melibatkan proses mencipta dan meneliti serta menggarap kemampuan mental untuk mencantumkan idea utama dan pada waktu yang sama juga melakukan banyak pertimbangan terhadap sesuatu informasi itu sama ada betul atau sebaliknya (Ismail Zakaria et al. :1992).

Oleh itu, penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai alternatif dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Justeru itu, pendidikan pemulihan digunakan untuk memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid lembap amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa malahan juga masyarakat dan kerajaan.



Masalah pembelajaran secara terperinci
Murid ini merupakan murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana gagal untuk semua subjek. Setelah dipantau masalah utama murid ini dia tidak mengenal huruf apatah lagi mengeja. Dia mula dihantar di kelas pemulihan pada tahun 2011 melalui markah ujian dignostik. Ujian ini telah dianjurkan bagi memastikan murid yang mempunyai masalah yang kritikal ini dapat dikesan.
Di samping itu, kemahiran menulis murid juga merupakan masalah utama di sini. Murid masih menulis huruf “c” terbalik. Melalui ini, kita dapati masalah murid ini sangat kritikal. Selain itu, hanya segelintir huruf sahaja yang mampu dikuasai murid. Dalam dua puluh enam huruf yang ada hanya sepuluh huruf yang mampu diingati murid. Antara hurufnya ialah “A b c d e f G H y Z”. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.

Masalah mengeja murid juga kurang baik kerana murid masih berpandu pada perkataan yang diberi guru. Jika disuruh mengeja murid akan mengeja dengan betul berdasarkan perkataan yang diberikan tetapi sebutannya pasti berbeza. Sebagai contoh, perkataan “kotak” sebutan jadi “botak”. Otak murid masih menghadapi kekeliruan dalam menyebut perkataan yang dieja.
Manakala, bagi subjek matematik juga sukar untuk dipahami murid kerana dia tidak pandai mengeja. Apatah lagi hendak menyelesaikan masalah untuk subjek tersebut. Tambahan pula, bagi subjek matematik ayat yang digunakan lebih sukar untuk difahami. Walaubagaimana pun, bagi subjek seperti sains sukar juga difahami kerana perkataan yang terkandung dalam subjek tersebut pula lagi sukar.
Bagi subjek yang lain, juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi bagi subjek ICT murid mampu menguasainya, kemahiran menggunakan computer murid agak baik kerana dia mampu menguasai permainan yang terdapat dalam computer dengan cekap. Manakala, penggunaan computer sebagai tujuan belajar murid tidak begitu mahir.

Faktor- faktor murid menghadapi masalah pembelajaran

1. Faktor Baka
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Alfred binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich&Tombari,1997).
 Berdasarkan masalah yang dihadapi murid didapati masalah ini berpunca dari baka kerana abang sulung murid juga menghadapi masalah yang sama. Abang sulung Mohd. Rafizh Zamani merupakan murid di kelas pemulihan khas kerana menghadapi masalah “speak delay”. Jadi melalui kes ini faktor baka memainkan peranan penting kerana Rafizh juga menghadapi masalah yang sama.

2. Faktor Persekitaran
Ini merupakan faktor kedua terpenting kerana persekitaran sedia ada yang dihadapi Rafizh memainkan peranan dalam melengkapi kehidupan seharian dia. Menurut Papalia,2001, persekitaran bermaksud individu dan objek ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkara yang bukan genetic yang mempengaruhi seseorang individu. Persekitaran yang terdapat pada kes Rafizh ialah keluarganya seringkali berpindah randah menyebabkan tumbesaran kanak-kanak agak terganggu.
Selain itu, keadaan kelas Rafizh  iaitu kelas 3C Juga memainkan peranan penting di sini kerana kelas yang terlalu bising boleh mengganggu minda Rafizh untuk memproses data dengan pantas. Tinjauan literature atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa persekitaran keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas, peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku maka mereka akan lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah sebaliknya.

3. Faktor Psikologi
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Rafizh itu sendiri dalam membentuk keminatan membaca ini. Dia sangat tidak sabar untuk balik pada hari Jumaat kerana hendak bermain.

4. Faktor Individu

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid- murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran. Kita dapati Rafizh memang seorang murid yang lemah membaca apatah lagi mengenali huruf. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.


5. Kaedah Pengajaran Guru

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu, kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Bagi masalah Rafizh sebaliknya di mana dia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan murid yang hiperaktif ini, kerana dia akan menjadi salah seorang murid yang tidak diberikan perhatian.

6. Faktor Pemakanan

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , dalam kes Mohd Rafizh dia tidak hiperaktif tetapi mungkin pemakanan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan minda kanak-kanak tersebut. Makanan seperti kekacang, buah-buahan sangat penting untuk pembesaran tetapi Mohd Rafizh hanya makan sayuran kampung yang mungkin tidak elok untuk tumbesarannya.


Cadangan bagi mengatasi masalah pembelajaran
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsistendengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam.

Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung.  rakan mereka yang beruntung. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun.

Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu. Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

Selain itu, ada beberapa cara lain untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.

Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.


Penutup
Masalah membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesan psikologi kepada individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan diri sendiri sekiranya mereka memiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud (2005), terdapat ramai murid yang tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya.
Membaca dan memahami merupakan suatu proses yang perlu dilakukan secara serentak. Kegagalan murid membaca dan memahami teks terutamanya pada peringkat Tahun 1 menunjukkan kegagalan murid mengurusi fungsi mental tertinggi (ZPT) bagi menguasai sesuatu kemahiran (Vygotsky 1935). Justeru, guru harus memainkan peranan dengan memberikan bantuan mengikut tahap-tahap yang diperlukan oleh murid intervensi tersebut.

Fenomena di atas memberikan gambaran kepada kita bahawa guru-guru perlu mengaplikasikan konsep psikolinguistik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca dan memahami terhadap murid-murid LINUS ini. Seperti yang dinyatakan oleh Mengantar Simanjuntak (1982), bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya adalah masalah psikolinguistik. Malah Ahmad Foad Hashim (1989), dalam Abdul Aziz Talib (1989), turut mengatakan bahawa jika guru ingin pengajaran dan pembelajaran membaca menjadi berjaya dan berkesan, maka perkara itu perlulah bersandar kepada teori linguistik yang mampu menerangkan sesuatu takrif bahasa, asal usulnya, cara bekerja dan cara bagaimana sesuatu bahasa itu terhasil dan dapat difahami.

Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata- mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, dan Sains. 

Refleksi 
Saya membuat refleksi ini berdasarkan analisi SWOT di mana, kekuatan yang saya dan Siti Robiani dapat dari kajian ini ialah guru-guru dan pihak sekolah saling memberi kerjasama yang baik. Di samping itu, kekuatan lainnya ialah saya menghasilkan kerja kursus ini secara berkumpulan bersama dengan Siti Robiani dalam mengumpul maklumat walaupun kami berlainan Kursus. Kekuatan yang lain ialah, ibu bapa murid ialah orang kampung saya jadi mudah untuk kami mengatur masa pada petang selasa dan diawalkan tidak mengikut tarikh yang ditetapkan.
Kelemahan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini ialah, saya tidak dapat menghuraikan dengan lebih terperinci mengikut teori yang sedia ada dan hanya berpandukan jurnal dan buku semata-mata. Selain itu, kami gagal berbuat seperti yang dirancangkan untuk berjumpa dengan ibu bapa murid pada hari rabu pagi. Peluang yang saya dapati daripada kerja kursus ini ialah mengenali masalah pembelajaran murid dengan lebih dekat. Di samping itu, saya mampu belajar beberapa kaedah pengajaran bagi murid yang menghadapi masalah ini. sekiranya saya diarahkan mengajar murid sebegini pasti saya akan memastikan saya mengenali murid dengan lebih dekat agar saya mampu membimbing murid saya dengan baik.
Berdasarkan situasi yang telah saya hadapi sepanjang membuat kerja kursus ini terdapat pelbagai cabaran yang saya dan teman saya iaitu Siti Robiani hadapi. Pertama kami kesuntukkan masa dalam mencari bahan-bahan rujukan dan masa untuk menghasilkan laporan yang baik. Berdasarkan kajian ini hanya diperuntukkan dua minggu untuk menghasilkan kerja kursus. Kesukaran untuk mendapatkan murid yang sesuai dan masa yang sesuai. Setelah mengenal pasti guru pemulihan Khas dan mendapatkan maklumat daripada dia baru kami dapat meneruskan kerja kursus ini.
Sebagai penambahbaikan saya dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan lima elemen penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran  berjalan. Lima elemen tersebut ialah membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan kesalahan murid semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut. Kedua, melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi kesan yang baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan yang cukup memberi kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik. ketiga, aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar, padanan kad perkataan/perkataan, suaian kad-kad sukukata/cantuman membina perkataan.keempat, Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama antara mereka memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang lemah dengan murid yang lebih maju. Terakhir, mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar. Menggunakan kaedah konvensional dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.


Thursday, September 19, 2013

::JADI LAGI YE??? CAMNE NI??::

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim...

#maaf lah kalau benda ini menguris hati siapa-siapa lepas ni, yang pasti tujuan dan niat saya hanya 1..memberi tips dan nasihat...


::My STORY::

Dalam life saya banyak yang saya harungi tanpa rasa takut, pernah berapa kali jatuh dan setiap kali itu juga saya cuba untuk bangkit. Ketika saya cuba bangkit itu banyak juga dugaannya.

Allah bagi ujian ke atas kita bersebab. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita dan dia tahu bagaimana cara terbaik yang harus kita lakukan untuk perbaiki diri. Dengan ada dugaan ini buat kite lebih matang dan lebih kuat nak hadapi sebarang masalah.


Kalau dalam situasi ni apa yang harus kita lakukan?? saya??? kalau saya menangis lah pe lagi..only things yang saya buat ialah nangis. Saya pun payah nak faham kadang-kadang dengan diri saya ni tapi itu saya. Saya tak akan cakap dengan siapa-siapa pun. Hanya satu yang saya buat.. MENANGIS.. ye mamang betul menangis boleh melepaskan segala-galanya. Tapi sejujurnya kita kena cara kita selesaikan masalah tu. Dan mengadu pada yang satu. ONE AND ONLY U... ALLAH!!

Hari ini saya lalui hari paling perit sekali dalam hidup saya. Tak pernah saya rasa keadaan macam ni. Saya macam nak rebah dan pastinya seluruh salur darah saya rasa terhenti. Ya Allah dengarlah jeritan aku untuk kali ini!! Sebab aku dah tidak mampu untuk menyelesaikannya lagi.


Akhirnya saya menangis dan terus menangis, segalanya salah saya, semuanya kerana sikap penting diri saya, semuanya kerana saya adalah orang yang tidak mengerti apa itu kasih sayang!! saya selalu mementingkan perasaan saya tanpa mengetahui perasaan orang lain. 

Adakalanya kita wajar menjadi seorang yang paling setia menanti, walaupun hakikatnya menyakitkan. Saya seorang yang sangat lemah tapi bila saya mula terfikir tentang sakitnya perpisahan saya jadi sangat takut!! bukan takut berpisah tapi saya takut orang yang hendak saya tinggalkan itu akan bersendirian dan saya akan membuat dia sakit sepanjang hidup saya. Pengorbanan yang saya lakukan kali ini agak payah tapi saya betul-betul perlu berkorban kerana hidup saya mungkin singkat dan mungkin hanya setakat ini. Tapi hidup untuk pentingkan diri saya saja dan melupakan orang yang betul-betul kasih akan saya membuatkan saya perlu berkorban.


Tiada siapa selama ini yang sanggup mendengar aku bercakap, tiada siapa yang selama ini sanggup melihat aku merintih ketika sakit, tiada siapa yang sanggup memujukku ketika menangis dan tiada siapa sanggup melayan rajuk dan amarahku.. Setelah diriMu ya Allah hanya dia.. dia...


::: kalau nak marah sekalipun jangan keluarkan kata-kata pelik-pelik dan tidak berasas tau.!!!!

(tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri)


Wednesday, September 18, 2013

T.G.I.F.....Thanks God It's Friday

Assalamualaikum....



Thanks God It's Friday... padahal Jumaat pun belum..jangan terkejut tau!! kih3...

Bukan nak promote TGIF tuh tapi nak story pasal TGIF ni.. belum penah pi?? siapa yg dah penah pi say peace?? (^_^)Y

Nak dijadikan citer yang buat aku terpaksa citer pasal TGIF ni sebab kak long aku chef kat situ!!!(kenyit mata cket!!)show off..kih3 ..haritu dia keje shif lebih cket..duk ganti orang padahal dye demam kot..suara masih serak lagi ..badan masih penat lagi..tapi sebab dye memang suke keje dye jadi dye buat dengan hati yang sangat lapang...!!

::ok now my story::

aku memang lah suke habiskan duit makan tempat exclusive ni kadang2 tapi kat TGIF ni tak penah lagi, so nak dijadikan citer kak long aku kene belanja bos dye makan entah pe nama eyy.. aku tahu dye fish je de kuah asam dan nasi dye de majerin pastinye sedap!!!...

Kak long aku buat sendiri..nak tengok rupe dye x?? mestilah nak kn?? ^_^

rupe dye waktu kak long aku bawa balik..



ni bile kak long aku dah siap hias... GREAT!!!nyumnyumnyum...




nak tahu rasa bende ni aku nak korang test dlu baru boleh gtau power ke x?? bagi aku serius ah!! sedapppp giler babe!! nak lagi..hohoho...


# p/s TGIF not the bless place but it's just place i would like to suggest and u should try!! ^_^ GTG xoxo





Monday, September 16, 2013

Di Zalimi dan Menzalimi....??

Assalamualaikum......


Bismillahirahmanirahim....

test2!! saya cube2 je nak buat ni..but it's actually fact that i've been read in Quran.. because sharing is caring right??

Mula-mula2 saya nak citer sikit apa itu dizalimi? dan apa itu zalim?? 


ZALIM

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 4th edition defines Zalim as:

tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah; menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas:suaminya benar-benar ~nya; terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniayadan ~; kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatanyg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidakmanusia sendiri mengadakannya; penzaliman perbuatan menzalimi

or if translated to English:

Inhumane, unjust, tyrannical, cruel. - coincidently this is what Zalim means in Urdu too...

DIZALIMI??

Merupakan mangsa, iaitu mangsa atas perbuatan yang tidak berperikemanusian manusia lain.



::MY STORY::

Saya ni jelas-jelas lah jenis orang yang sangat lurus. Alhamdulillah Allah bagi saya jadi orang macam ni. Maksud nya apa-apa je orang buat kat saya pasti saya tak kesah sangat. Lebih tepat orang nak arah saya buat apa-apa kerja in sha Allah ada masa saya pasti buat. Tapi dalam konsep ni satu yang buat saya sedih sangat sebab saya orang yang lurus jadi orang kerap pergunakan saya untuk sesuatu tujuan yang memudaratkan saya sebenarnya. Tapi keuntungan untuk orang tertentu. sobsob T_T

Balik kepada point saya kat sini pasal dizalimi ni acapkali saya kene. Sehinggakan dua kali saya hendak diberhentikan atas kesalahan orang lain. Nazubillah bila ingatkan balik saya sedih sangat. Lepas tu sekarang benda ni jadi lagi. Nasib bos saya jenis yang jaga solat dan kuat amal ibadah tidak lah memberi kesan kepada saya sebab apa2 perbuatan Zalim orang itu bos saya dah tidak termasuk. 

Cara-cara nak hidari diri kita akan terus dizalimi ni senang je sebenarnya..KUATKAN AMAL IBADAH!!!

Mungkin banyak orang dah terkena perbuatan orang zalim ni kan?? tapi kebanyakkan kita selepas dizalimi pasti kita akan mengeluarkan tutur kata yang bukan-bukan kerana amarah kita kan??? tapi sebenarnya dalam terjemahan surah ash-syura pula Allah lebih memuliakan orang yang tidak membalas perbuatan zalim lebih kepada membalas dengan kebaikkan.

Sejujurnya...saya pun tidak mampu menahan amarah saya bila saya dizalimi lebih-lebih lagi bila saya merasakan saya tidak sama sekali melakukan kesalahan yang melampuai batasan. Lebih terok lagi orang mengekatogerikan saya dalam golongan yang suka memberi alasan. Sedangkan hakikatnya saya telah dizalimi. Ya Allah ampunkan orang yang kerap kali menzalimiku.

Dalam satu kejadian si pulan ni dia suka kutuk saya dan mengatakan saya seringkali memberi alasan atas kesihatan saya untuk tidak datang ke kelas dan menyebabkan saya hampir hendak dikeluarkan daripada kelas tersebut pada hakikatnya saya kena serangan gastrik dan mengakibatkan saya hampir sahaja pengsan.

Entah kenapa mulut saya terlepas kata dan menyumpah dengan kata-kata yang tidak sewajarnya sehinggakan ia betul-betul terjadi. Ya Allah andai aku dapat tarik balik kata-kata itu pasti sekarang perasaan bersalah aku tidak ada! (konsep di sini doa orang teraniaya terangkat sampai ke langit)




::others Story::

Kesah seorang perempuan yang mempunyai budi perkerti yang sangat lembut dan dikasihi oleh orang sekelilingnya.

Oleh kerana dia adalah orang yang sangat baik dan budi perkerti yang sangat mulia sehinggakan suatu hari dia ditimpa kesukaran yang amat dahsyat!! Kasihnya terhadap ibu bapanya menyebabkan dia diuji. (review kisah nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail). Cintailah orang disekiling kamu dan jangan melebihi cinta kau pada Allah!


Walaupun hanya manusia biasa jika Allah mengkehendakinya pasti ia jadi. Apabila dia sudah mendapat seorang calon suami yang berpendidikan tinggi dan mempunyai perkerjaan yang stabil dan latarbelakang keluarga yang kaya. Mulanya agak baik keluarga pihak lelaki melayannya tapi selepas sebulan. Layanannya menjadi berbeza apabila perempuan tersebut di dapati menghidap penyakit kronik. Lebih teruk sekali apabila mak kepada lelaki ini cuba bermacam-macam cara untuk membuat anaknya tidak meneruskan perkahwinan mereka sehinggakan perempuan tersebut membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinanya. 
"Ya Allah mereka telah menindas aku dan keluargaku dan membiarkan aku rasa terhina sekali duduk di sisi mereka ya Allah, mereka kikir, mereka sangat zalim dalam mentafsir kehendak-Mu ya Allah. Perkenankanlah doaku agar tidak ada kesenangan datang pada mereka sehingga satu saat mereka mengetahui bahawa segala yang berlaku ke atasku adalah kehendak-Mu. Biarlah mereka menjadi seorang yang papa dan tidak memiliki apa2 lagi sehingga mereka mengetahui bahawa bukan aku yang berhak memilih siapa ibu bapaku. Semuanya ketentuanMu."

Sekiranya perempuan memberi pembalasan sekalipun atas perbuatan zalim mereka tidak salahlah dan perempuan itu tidak dipersalahkan kerana surah ash-syura telah menjelaskan maksudnya dengan terperinci.

[41]Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

[42]Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.


Review daripada story:: 
tafsir Al quran surah Ash syura ayat 39-43 menjelaskan bahawa orang yang menzalimi orang lain itu akan mendapat azab dan seksa yang tidak terperi sakitnya.


[39]Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

[40]Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.


[43]Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).



:: entri saya kali ni sensitif sikit setelah berapa lama tak mampu nak mencari idea menulis.....

::p/s jangan jadi orang yang zalim, kerana setiap perbuatan zalim pasti ada sahaja pembalasannya..sekarang Allah bagi cash dah kad kredit lambat sangat bagi kesedaran. ok peace yo!!! xoxo GTG!!


Thursday, September 12, 2013

Dia yang Satu ke?

Duduk terpaku. Toleh kiri kanan. Ah! rupanya aku sendirian lagi. Dah nak masuk 3 jam aku duduk terpaku atas katil.Tercari-cari orang jadi teman bicara. Ah! bukan mudah menghadapinya sendirian. Akhirnya selimut ditarik semula pada badan. Dunia pun gelap semacam padahal siang lagi.

"Babe, bangunlah.Makan! dah makan ubat belom?"

Aku mengosokkan mata.Badan terasa lemah semacam.Fazreena memaku dihadapanku. Mulutnya terkumat-kamit macam membaca menteralah pula padahal dia tengah sokseksoksek bising dengan aku yang masih berlingkar.

"Babe!!" sekarang bentakan yang makin kuat buat aku dah boleh sedar aku dah terjaga dari mimpi yang perit.

"Ok,ok aku bangun k. Sabar sekejap tak leh ke?"

"Hotak ko ye! aku tau ko sakit tapi jangan drag sakit ko kat aku!"
"What the heck?" Kasar betul bahasa. Pasti tadi dia ni kena marah oleh siapa-siapa. Aku pula kena tempias.
"Nah, Danish bagi." Dia menghulurkan coklet Snekers dan tupperware pink. Kemudian, terus berlalu dalam keadaan bengang.
"Pe bende ni?" Sah marahlah ni. Pandang belakang pun tidak apa lagi nak jawab soalan cepumas aku tu.


****************

Nanish ancem => dah sihat ke?
Rihannah => alhamdulillah. TQ for great treatment from u mr.nanishvioski.
Nanish ancem => welcome mrs.leevioski.
Rihanah => GTG. adios!!
Nanish ancem => eyy..not done yet with 2nd words..ok adios!! ^_^

Watapp dari Adam Danish ku perhati sekilas. Keadaan hari ini semakin sihat, buat aku lebih bertenaga nak mengemas bilik. Tapi kalau nak berterusan melayan Watapp dari Adam Danish pasti lepas tu aku akan jatuh sakit lagi.  Payah sikit bab hati ni. Bukan apa, aku tak larat dah melayan hati bagai ni sampai tua.

"Babe, nak aku masakkan bubur lagi ke?"
"Oo mak kau!!" Huh! boleh gugur jantung aku. Budak ni bukan pernah nak fikir pun aku ni macam mana.
"Adoi, maaf ye.hahahahaha" Boleh slumber dia gelak dan semua baris gigi nampak terhenjut-henjut.
"Hurm, tak pe. Aku nak buat sup ayam je nanti." Aku masih ligat mengemas bilik tanpa menghiraukan kewujudan Fazreena.
"Buat tak endah lak dengan aku ye." Aku masih sibuk membersihkan meja studi yang 2 minggu dah tidak diuruskan.
"Hoi!! aku cakap dengan ko ni lemau!!" Aku memandang Fazreena sekilas sambil senyum.
"Aku kene kemas cepat ni. masih 5 case study aku tak done lagi."
"Kau baru baik kot! takyah lah nak rush sangat. Nanti admitted lagi sape gak yang susah dok jaga."
Daripada ayat yang pendek dan ringkas itu, dia mula sokseksoksek tanpa memikirkan sepatah pun aku tak dengar. Kekusyukkan aku mengemas bilik membuat Fazreena berlalu dan menghempas pintu bilik aku kuat. Ah!sudah!!

tret! Aku pandang sekilas pada handphone atas meja studi yang telah kemas rapi dengan buku-buku yang bersepah sana sini tadi sekarang dah kemas dalam rak di atas meja studi. Adam Danish ni tak faham bahasa ke? Aku sibuk ni!bicara hati yang agak kasar. Aku menuju ke meja studi. Erk!! muka kerut seribu dah!

Watapp.

0122222555=> u, i got offer to study there. Did u see my email? soon i'll be there. xoxo miss u my lovely tulip!

Akan aku biarkan! tak guna betul orang yang bocorkan nombor handphone aku dekat mamat perit semerit ni! Gara-gara kau tau aku masuk hospital! Hati aku merintih lagi. Handphone aku tukar pada mode switch off. Hihi, bukan tukar pun tutup terus. Bagi simpan itu Handphone jauh-jauh. Hihihi. Senyum dah sampai ke pipi.

Usai mengemas bilik, aku membersihan diri dan bersiap untuk ke library.

*********

Senyap library. Yalah sekarang ni week end semua orang duduk rilex di mana-mana melepak, aku pula sibuk nak menyiapkan kes studi. Rutin sebagai pelajar Master ni agak pelik sedikit. dulu ambil degree tidak lah teruk sangat tapi Master ni aku kena fokus 100% pada pelajaran. Tambahan luar negara kot! Plan awalnya nak buat di Malaysia saja, tapi lepas kes tu macam untuk apa je stay lama-lama baik merantau.Luaskan pengetahuan, berhijrah. Buku berkaitan Global resource satu persatu aku telitikan. Mencari fakta yang tepat berkaitan kronologi case study. IBM punya company ni payah sikit nak cari fakta kena banyak buku yang perlu dirujuk. Nasib baik 3 kes studi company yang sama.

"Mrs. Leevioski, u kat sini rupenye. handphone mane?" Dia berdiri tegak di sebelah meja tempat aku menyembunyikan diri. Plan nak bagi orang tidak nampak jadi aku bersembunyilah di meja studi untuk seorang. Adam Danish ni memang lah pelik. Mana-mana aku pergi dia senang-senang saja nak tahu. Dia upah penyiasat ke? aku menoleh ke kiri dan ke kanan tanpa menghiraukan Adam Danish tengah duk pelik memerhati tingkah aku.

"I'm asking u , where is ur phone?" Sekarang dia dah bercekak pinggang macam guru hendak memarahi murid-murid lah pula. Apa kejadahnya! aku senyap lagi. Kali ni dia berdiri di hadapan penghadang meja studi. Alamak! tolong lah, jangan buat muka comel di depan saya boleh tak? hati aku meraung sendiri. Dulu saya terhegeh-hegeh kat awak sekarang awak pula buat macam saya menyesal seumur hidup buat keputusan tu. Alangkah bahagianya kalau awak yang dulu macam awak yang sekarang Adam Danish. huh! keluhan berat dari aku membuatkan Adam Danish menyambar pen pada tangan aku.

"Apa yang u duk fikir ni? jom teman i makan. Lapar lah." Kali ini aku hanya memandang dia kosong. Tanda protes masa aku diganggu.

"Mr.nanishvioski, please dont interrupt while people busy studying "
#p/s miss Rihanna wanted to cry doing her study case right now! TQ!


Nota yang aku tulis pada kertas kecil, aku serahkan pada Adam Danish membuatkan dia sedikit tergelak. Apa yang lucunya tak tahu pula? Hurm manusia ni memang tidak pernah mengerti bahasa halus agaknya. Agak lama dia berdiri dihadapan aku. Aku pula buat tak endah asal siap 3 kes studi ni boleh lah nak fikir tentang lain. Date line hari Rabu tapi aku kena hantar esok untuk penambahan apa yang terkurang. Lepas satu buku satu buku aku selak. Tambah isi-isi penting, okay siap!. Alhamdulillah. Jam tangan di pandang sekilas. Oooww, aku belum solat asar lagi. buku aku susun dengan rapi pada meja studi. Kertas-kertas yang nota kes studi aku kumpul masuk dalam fail. Laptop aku letak sleep mode. Penat semacam badan. 

"Dah siap?" Ah! dia ni masih di hadapan aku rupanya. 
"Yup."
"Temankan i makan ye."
" I nak solat dulu ye."
" Jom, skali lah. I jadi imam u ok." Kami jalan beriringan keluar daripada perpustakan. Cuaca di luar agak sejuk. Biasalah musim sejuk.rasa menggigil hingga ke tulang. Hujung bulan November, belum lagi masuk bulan Disember. Alamat boleh mati kesejukan. tapi setakat setahun aku duduk di muka bumi Australia ni belum pernah pun aku termati kerana sejuk. Kuasa Allah kan? siapa aku nak pertikaikan. Masjid yang agak tersorok dari pinggir kota yang tidak jauh dalam 15 minit perjalanan.daripada universiti Victoria.

"Why u didnt bring ur handphone? something wrong? Faz told me that u didnt take any food from morning till now, isnt it?" Alamak ye ke aku tak makan? Kenapa tak lapar langsung ni? ooo ye tak ye.. Rihanna Lee, kenapalah teruk sangat perangai ni. Lagi-lagi aku bermonolog dalaman. perang besar juga!

"Dont remind silent Mrs.leevoiski! it's kills me in and out, didn't u know that?" Aku bukan apa senyap, aku hanya hendak tunjukkan yang hati aku dah macam batu. Biarlah nak baling kuat mana pun pada dinding tidak akan pecah dan hancur. Kalau dulu kita tidak pernah bersama mungkin aku tidak akan begini, tapi kerana dulu buat aku serik. Apa lagi selepas kau aku tersakiti lagi! hati aku dah terngiang-ngiang lagu Judika, Aku telah tersakiti.

"Lepas solat nanti u tunggu i kat sini tau." Adam Danish menunjukkan kerusi di hadapan masjid An-Nur  kepada aku.

Usai solat berimamkan Adam Danish aku mengatur hijabku semula dengan kemas dan teratur. Memastikan nampak kemas seperti tadi. Adam Danish setia menunggu aku. Kalau dulu kau buat aku begini juga mungkin aku tidak akan pergi.

"Rihanna Lee, i know that i've make u cry before, but now i wouldn't  do that anymore for sure. Sorry for what i've done before. i want u back into my life and i really appreciate if u stay a bit longer and be my wife." Ah! apa yang dia merapu ni?

"Are u okay Danish? things wrong some where isn't it?"
"No, i'm serious! really mean it!" Aku yang tadinya tunduk memerhati jalan sekarang tengah fokus pada mata Adam Danish.

"Berdosa seseorang meminang atas pinang orang lain. Jadi tarik balik kata-kata awak tu Danish." Aku terus berlalu dan membiarkan Adam Danish bersendirian terpinga-pinga. Mungkin agak payah nak faham bahasa aku kot. Biarlah.


***********
Seminggu aku sibuk dengan kelas dan juga case study  dan tutorial sampai semua orang di sisi aku, tidak pernah aku hiraukan. Makan minum sahaja mampu aku uruskan yang lain bukan keperluan pun. Family aku tidak pula aku tahu sama ada aku diperlukan atau sebaliknya.

"Dude, aku call kau banyak kali tapi masuk voicemail lah." Fazreena duduk dibirai katilku, sambil kaki bersila dan menghadap aku yang kusyuk menulis isi-isi penting yang akan dibentangkan esok. Payah tajuk kali ini macam aku nak bungkus je semua buku lepas itu bakar kemudian bagi semua budak-budak kelas minum bagi faham. Jahat punya orang! "How does Franchise make their product well known if there not support by  Franchisor give your reason and which company prove that their can be that independent. " Itu, bukan masalah nak buat kalau masa dia bagi 3 hari tapi ni dalam masa tidak sampai satu hari. Alahai!

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"
"Ah? oo handphone ye? tak tahu lak mane aku letak babe! dah seminggu lebih aku tak nampak handphone aku."
"Sumpah! ko ni orang paling kritikal kat muka bumi!" Mana ya aku letak kan handphone. Rak buku, meja studi, katil, alamari. ah! sudah, semua tempat dah dicari. Alamak! kalau ada bateri boleh saja nak miscall ni macam mana.Ah! bawah katil kot.

Badanku tertunduk-tunduk di bawah katil. Itu pun dia, macam mana boleh dekat bawah ni pula. Fazreena buat muka protes, aku faham benar dia ni kalau dia dah buat muka memek lain macam saja pasti sebab dia payah nak cakap dengan karenah aku yang satu ni. Aku ni satu hal tak pernah nak peduli pun pasal orang sekeliling sebab sibuk sangat mengejar dateline. Kalau aku tak terlantar seminggu hari tu mungkin tidaklah sampai kritikal macam ni.

"Aku rasa kau patut belajar sense of humor sikit babe, bukan apa aku tengok kau ni dah kritikal semacam je. Entah macam mane si Danish tu boleh tahan ikut je rentak kau yang tak berapa nak center ni!"

Tanpa mengendahkan Fazreena aku mencari charger handphone dalam laci meja studi. Handphone dihidupkan. Tanpa berhenti mesej masuk, pasti lepasni inbox yang kosong akan jadi penuh apa lagi watapp,line dan semua application untuk mesej mesti dah beratus-ratus mesej. Rihanna kenapa kritikal sangat penangan mat semerit bin perit tu bagi tangan sampai handphone pun tak layan dah.

Perkara pertama aku buat menghubungi keluarga di Malaysia. rindu sangat pada kampung halaman tapi apa saja daya yang aku ada untuk berterusan menunggu dan merintih minta simpati. Ah!! kalau aku boleh pilih untuk lupa ingatan lebih baik daripada terus mengingati dendam semalam yang tidak pernah surut dari ingatan.

"Faz, sorry sebab selalu saja menyusahkan kau sepanjang aku kat sini ye."
"Baru nak ingat ke? tadi ada orang duk cari kau. Harini kan batch baru masuk jadi ada sorang mamat ni duk cari kau, sebab tu aku call kau. tapi malang sungguh handphone campak bawah katil pulak dah!"
"Sape?"
"Razaliegh. Kau kenal ye?"

Aku yang tadinya fokus sekarang menundukkan kepala ke bawah kemudian mengangkat sedikit supaya Fazreena tidak mengetahui gelodak hati aku.

"Tak kenal pun." Nada aku agak confident. Sekarang Fazreena pula buat muka pelik. Habislah kalau dia tahu.

"Tak logik ye! camne dia boleh kenal kau ye? atau kawan adik beradik kau?"
"Bilenye aku ada adik beradik ni?"
"hahahahahaha" Fazreena gelak sakan, mesti dia rasa lucu sebab dia cuba menelaah hati aku tapi salah. Kesian dia, aku tak bermaksud pun nak menipu. Biar rahsia ini akan kemas tersemat dalam hati aku sampai bila-bila. Pergi mati lah !!! akan selamanya kau mati dalam hati aku!

************

"U, my mum told me that u should change this, change this...blablablablabla.."
"Dia nak camne lagi ni? saya tahu saya ni banyak yang kurang tapi macam mana saya nak ubah benda yang dah memang tak boleh nak ubah??"
"Carilah keje, tak yah lah keje part time lagi!"
"Ok, jangan risau. Saya akan buat, saya belum bodoh lagi untuk berterusan jadi malas dan menyusahkan awak."
"Then, one more things, things that i given to u can u return it's back. i wanted to make sure it's placed well."
"What? ur handphone? ur watch? this ring?"
"Yes!"

Dan setelah itu, hati aku terus berkata! adakah aku wajar menunggumu padahal kau telah meminta aku menyerahkan segala tanda ikatan kita? dan untuk itu aku terus berkata-kata perlukan aku menanti dengan penderitaan ini? maruah aku mana? siapa aku dihatimu? tidakkah lelaki ini mengerti bahawa aku ini bukannya perempuan yang dia boleh buat ikut sesuka hati dia. Itu baru sedikit! Belum termasuk duit kahwin yang didahulukan! Ya Allah, cubaan ini terlalu berat untuk aku pikul sendirian. Akhirnya aku, membuat kesimpulan, hubungan ini telah berakhir pada hari ini. Dengan slumber aku datang dekat dan menyerahkan ke semua barang pemberiannya, senyuman yang paling manis sekali aku berikan.

Sejak dari hari itu, aku sampai di sini. Di bumi orang. Seolah-olah Victory memanggil aku dan menjadi pengubat segala kesakitan yang tidak mampu aku ucapkan pada siapa-siapa pun termasuk ibu bapa aku. Kolar jacket aku tarik ke atas, tangan aku yang bersarung tangan aku gesel-gesalkan.

"Hai mrs.Leevioski!"
"Assalamualaikum, Mr.nanishvioski." Aku memandang Adam Danish sekilas, senyum dengan keluahan aku berikan.

"Waalaikumursalam, nah ur mocha." Dia menyerahkan pada aku dan mocha beralih tangan. Ah! lega betul. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan aku Adam Danish saat aku betul-betul perlukan orang. Sayang sangat pada dia ni! Allah akan datangkan pertolongan pada masa yang tepat. Sekarang ia betul-betul jadi.

"Nape sedih je ni? awak ok?" dia memandang aku sekilas. Ini kebiasaan aku sejak setahun menuntut di Victoria universiti. Pergi kelas dengan Adam, balik dengan Adam walaupun kami lain course tapi sebab dia rajin ikut time aku jadi kami akan selalu bersama.

"Saya ni nampak lemah sangat ke?" kepala aku tunduk sedikit memandang tanah, nada sayu ada di situ.
"Nape ni?" Adam Danish menarik kot aku, agar muka aku berpaling pada dia. Tapi sedaya upaya aku mengeraskan badan agar tetap berjalan lurus ke depan. Tolong Adam Danish jangan lihat aku yang tengah menangis.
"Saya takde class arini, tapi saya nak jumpe Prof. Brandon. Boleh tak temankan saya pergi park?"
"Oww, macam boleh je baca hati saya ni? Sebab tu nama awak mrs. Leevioski kan?"
"Ye lah tu. Boleh tak?"
"Kerana sebelum ni saya banyak bersalah dengan awak dan ignore dengan kehadiran awak jadi kali ini saya akan buat awak jadi manusia paling gembira sekali kat muka bumi ni boleh tak?"
"Soalan saya kenapa dijawab dengan soalan lak ni?" Lepas tu dua-dua senyap, bermaksud pasti jadinya. Aku yang tadinya sedih sekarang mengukir senyuman yang Adam Danish tidak nampak sebab kepala aku masih tertunduk sedikit.

***********
sambung untuk Dia yang Satu ke? 2... tengah mood tak ok!! sorry yer.. ^_^


 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos