Friday, September 8, 2017

T.O.F(repair)

Assalamulaikum ....


Tiba2 tangan gatal sikit nak menaip sesuatu...hihihi

apa itu TOF??? yang ni kene search sendiri kat internet http://www.alodokter.com/tetralogy-of-fallot. .apa yg aku faham TOF ni masalah kecacatan pada jantung. kenapa aku nak cite sebab aku rasa banyak sangat orang risau anak2 kene jantung berlubang. Jantung berlubang ni lah part of TOF.

 AKU SENDIRI PENGHIDAP JANTUNG BERLUBANG SEWAKTU LAHIR.
Usiaku 7 tahun aku telah dibedah di sebuah hospital di SINGPORE. (yang ni aku kene mention sebab dulu kuching belom ada kemudahan dan di KL ada tetapi cara pembedahannya agak pelik sedikit. aku hanya di tengah dada jika di KL pembedahan dibuat pada tulang rusuk).

Kenapa aku perlu bercerita sedangkan dah 24Tahun berlalu? setelah berkahwin aku dan suami sangat mengimpikan memiliki anak sendiri. Sebelum ada anak aku kene jumpa pelbagai jenis pakar antaranya pakar O&G dan Pakar Jantung.(hebat tak hebat hahaha) Alhamdulillah stage ni selamat. surat bertulis mengatakan yeahhhhhhh boleh mengandung.

Akhirnya rezeki Allah itu sampai aku disahkan mengandung setelah 8bulan berkahwin. Di sinilah bermula episod air mata. Bukan aku tanak ada baby tapi pakar2 aku sangat menjaga aku. Lagi merunsingkan aku masih di Kapit. Setiap minggu aku perlu check 3kali seminggu lemas bukan?

Berjumpa Pakar O&G Dr. Hii, dia menjelaskan segala jangkaan2 dan ramalan2nya tentang aku dan kandungan aku. Segalanya -ve saja. Beliau menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada jantung aku. selama ini aku tidak sama sekali mengetahui apa yang berlaku pada diri aku sendiri . aku hanya tahu aku penghidap Jantung berlubang dan sudah dibedah dan sudah boleh membuat aktiviti seperti orang lain. Tetapi sangkaan aku meleset!!!! Rupa2 nya ada sesuatu yang diletakkan pada jantung aku agar jantung aku bertahan dan pasti ada tempoh tamatnya. Ya Allah !!!! dugaan apakah ini.

Antara kemungkian yang akan berlaku ialah kandunganku hanya akan bertahan sekitar 3bulan,4bulan 5bulan atau 6bulan.😭😭😭😭😭😭
rawatan demi rawatan susulan aku lalui. rawatan minggu pergi sendirian. ayat2 dari Pakar2 tidak pernah positif. setiap minggu scan untuk melihat perkembangan bayi. JUJUR ubat langsung aku tak sentuh sebab? risau bayi dalam kandungan akan lebih mudarat.

Genap bayiku 6bulan. doktor mula mengukir senyum kerana bayi aku dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Detik mencemaskan apa bila sekitar 34minggu kerana dari Kapit hendak balik ke Kuching memakan masa yg agak panjang jadi aku perlu menaiki flight bagi menyingkatkan perjalanan. Almaklumlah aku pekerja kerajaan layak cuti 2 minggu awal. Dan perlu naik flight sekitar 35 minggu ke bawah.nehπŸ˜•πŸ˜•πŸ˜•

Jadi atas toleransi Pakar akhirnya mereka memutuskan aku perlu balik sebelum 35minggu jadi atas rasa tanggungjawab beliau dengan serta merta beliau menulis satu surat agar aku diberikan cuti sakit bermula 35minggu sehingga 38minggu. Alhamdulillah.

SGH bahagian O&G dan combine clinic. Antara nama bahagian yang aku perlu pergi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. scan seperti biasa dan pakar mendapati bayi dalam kandunganku kecil.(ya Allah 😭😭😭😭)
pakar membuat keputusan aku akan di INDUCE pada 28/5. bayangkan bagaimana perasaam aku ketika itu hanya Tuhan yg tahu. selepas hujan pasti ada mentari dan pelangi.πŸ’“πŸ’“

Alhamdulillah berjaya melahirkan bayi secara normal. Walaupun aku penghidap TOF dan dah direpair kesannya lepas bersalin ada. sekarang hanya menunggu keputusan M.I.R . Doakan aku moga lebih kuat dan kembali sihat. lots of love from me...
my gong ju Nur Darwisyah. 






 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos