Friday, September 8, 2017

T.O.F(repair)

Assalamulaikum ....


Tiba2 tangan gatal sikit nak menaip sesuatu...hihihi

apa itu TOF??? yang ni kene search sendiri kat internet http://www.alodokter.com/tetralogy-of-fallot. .apa yg aku faham TOF ni masalah kecacatan pada jantung. kenapa aku nak cite sebab aku rasa banyak sangat orang risau anak2 kene jantung berlubang. Jantung berlubang ni lah part of TOF.

 AKU SENDIRI PENGHIDAP JANTUNG BERLUBANG SEWAKTU LAHIR.
Usiaku 7 tahun aku telah dibedah di sebuah hospital di SINGPORE. (yang ni aku kene mention sebab dulu kuching belom ada kemudahan dan di KL ada tetapi cara pembedahannya agak pelik sedikit. aku hanya di tengah dada jika di KL pembedahan dibuat pada tulang rusuk).

Kenapa aku perlu bercerita sedangkan dah 24Tahun berlalu? setelah berkahwin aku dan suami sangat mengimpikan memiliki anak sendiri. Sebelum ada anak aku kene jumpa pelbagai jenis pakar antaranya pakar O&G dan Pakar Jantung.(hebat tak hebat hahaha) Alhamdulillah stage ni selamat. surat bertulis mengatakan yeahhhhhhh boleh mengandung.

Akhirnya rezeki Allah itu sampai aku disahkan mengandung setelah 8bulan berkahwin. Di sinilah bermula episod air mata. Bukan aku tanak ada baby tapi pakar2 aku sangat menjaga aku. Lagi merunsingkan aku masih di Kapit. Setiap minggu aku perlu check 3kali seminggu lemas bukan?

Berjumpa Pakar O&G Dr. Hii, dia menjelaskan segala jangkaan2 dan ramalan2nya tentang aku dan kandungan aku. Segalanya -ve saja. Beliau menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada jantung aku. selama ini aku tidak sama sekali mengetahui apa yang berlaku pada diri aku sendiri . aku hanya tahu aku penghidap Jantung berlubang dan sudah dibedah dan sudah boleh membuat aktiviti seperti orang lain. Tetapi sangkaan aku meleset!!!! Rupa2 nya ada sesuatu yang diletakkan pada jantung aku agar jantung aku bertahan dan pasti ada tempoh tamatnya. Ya Allah !!!! dugaan apakah ini.

Antara kemungkian yang akan berlaku ialah kandunganku hanya akan bertahan sekitar 3bulan,4bulan 5bulan atau 6bulan.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
rawatan demi rawatan susulan aku lalui. rawatan minggu pergi sendirian. ayat2 dari Pakar2 tidak pernah positif. setiap minggu scan untuk melihat perkembangan bayi. JUJUR ubat langsung aku tak sentuh sebab? risau bayi dalam kandungan akan lebih mudarat.

Genap bayiku 6bulan. doktor mula mengukir senyum kerana bayi aku dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Detik mencemaskan apa bila sekitar 34minggu kerana dari Kapit hendak balik ke Kuching memakan masa yg agak panjang jadi aku perlu menaiki flight bagi menyingkatkan perjalanan. Almaklumlah aku pekerja kerajaan layak cuti 2 minggu awal. Dan perlu naik flight sekitar 35 minggu ke bawah.neh๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•

Jadi atas toleransi Pakar akhirnya mereka memutuskan aku perlu balik sebelum 35minggu jadi atas rasa tanggungjawab beliau dengan serta merta beliau menulis satu surat agar aku diberikan cuti sakit bermula 35minggu sehingga 38minggu. Alhamdulillah.

SGH bahagian O&G dan combine clinic. Antara nama bahagian yang aku perlu pergi bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. scan seperti biasa dan pakar mendapati bayi dalam kandunganku kecil.(ya Allah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ)
pakar membuat keputusan aku akan di INDUCE pada 28/5. bayangkan bagaimana perasaam aku ketika itu hanya Tuhan yg tahu. selepas hujan pasti ada mentari dan pelangi.๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Alhamdulillah berjaya melahirkan bayi secara normal. Walaupun aku penghidap TOF dan dah direpair kesannya lepas bersalin ada. sekarang hanya menunggu keputusan M.I.R . Doakan aku moga lebih kuat dan kembali sihat. lots of love from me...
my gong ju Nur Darwisyah. 






Wednesday, June 22, 2016

Lelaki putus fius....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Lama tangan seperti kaku mencoret sesuatu... hari ini sepertinya aku teringat sesuatu...

Alhamdulillah setelah tahun berlalu.. aku membuat keputusan utk berkahwin dengan mamat yang putus fius....

Hahaha... membuat catatan tentang dia.. suami tercinta.. sepertinya aku tak henti menahan gelak...

1st impression... aku beranggapan dia ialah kawan baik aku sahaja... lucunya dia suami aku...

Biasalah lelaki selapas kawen...maaf^_*

Bertuah saya dapat dia... his my everything... Alhamdulillah syukran ya Allah...

Kita mungkin tak terfikir ini yang jadi tapi... mamat yg putus fius ni suami aku....
Maaf belle both of us kuat main even on our wedding day....

Terima kasih banyak2 utk kawan yg dtg...
Supaya sentiasa ingt tarikh...
Akad on 28/ nov/2015 birthday ev
Sanding 29/nov/2015 birthday belle

Sunday, April 19, 2015

Khilaf...

bismillahirahmanirahim....

assalamualaikum..w.b.t


mencatat tulisan dengan airmata....
khilaf..again.. entah nape words ni yang terkeluar dari minda dan otak aku.. kejang je seharian... aku berlagak kuat sebenarnya dan akhirnya aku tidak gagah seperti yang aku sangka...panas tak sampai petang dan hujan itu turun di tengah hari...

please wahai hati bertahanlah...

dear you, call unknown someone i should call my own shadow...

STOP IT!!!!

leave myself alone... positive minded come from positive person yet i'm not positive as those out there thought...

enuf mean enuf,,there nothing left here only heaters....

sorry.... sorry to good shadow of me...

adakah aku mencipta alasan untuk sentiasa menjadi baik dan nampak baik? yup! betul2 tepat... itu aku dan aku manusia biasa sahaja ingin mendapat perhatian dan kerap kali merasa tidak puas hati bila diperlakukan dengan sakitnya...

berkali-kali aku cuba memberikan kemaafan pada diri aku tapi aku gagal dan dalam kegagalan kali ini aku sedar semuanya salah aku....

KENAPA?

kerana aku tidak berpegang pada paksi yang betol... Ya Allah....... aku tak mampu melepaskan apa yang aku genggam sehinggakan aku kecewa...kecewa itu sakit.. dan sakit itu buat aku sedar hanya Dia untuk aku...


AKU...
maaflah diri ini...
maaflah orang sekelilingmu...
hapuskan dendammu..
hapuskan kesakitanku....

SAKIT...
bila disakiti...
bila menyakiti...
bila berharap....
bila memberi keseluruhan jiwa kita pada dunia....

HARI INI....
harapan aku terhenti...
dan aku mati...
mati dalam kesakitan diri...
mendalam....

#putworldaside
#puturibadah1st
#puttrustinAllah

19.04.15... lost effa....

Saturday, April 4, 2015

menulis catatan di dalam minda...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum,

Agak kekok nak tulis sebab lama dah x menulis..

Tahun kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja, demi nak membangunkan anak bangsa...

Moga dipermudahkan urusanku....

1St things nak story pasal budak2 kelas ku.. fuh!! boleh tahan sabar jugak nak handle diorang ni... bukan apa... ikutkan peratusan budak kelas aku ada 2 orang buta huruf, 14 orang pandai bace tapi x faham, 9 orang malas, 4 orang harapanku...

2Nd things budak nakal paham2 lah...displin sangat terok sebenarnye nakal budak2 je...huhu.. tapi kadang2 penat otak aku nak tegur... dari yg ada mencuri kecil2an, buli kawan kecil2an, semualah kecil2an... akhirnya tinggal 1% masalah sahaja yang tinggal....

3Rd things... pengotor..adui2 aku sensitif sampah... OCD masih tahap yang membanggakan... so apa lagi budak kene nag bersihkan kelas... sampai tinggap pun kilat sgt...huhu... almari kelas pun aku suruh gosok... bawah meja buku kene susun ikut susunan aku suruh... siapa x dengar kene halau keluar kelas utk kemaskan meja...

4Th things... jujur aku gtau 1st time i fallin love dengan budak2 ni sampai aku menjiwai setiap seorg dari mereka...

5Th things ... hope one days diaorang jadi orang berguna tanak lah jadi 'kuli batak' yang menjadi kebanggaan anak2 yang tidak pandai belajar di sini...

#saat aku menulis semua wajah mereka segar di ingatanku...
#rindu nak marah diaorang
#Jessica,tegong,ina,farell,perity,gemok,elda sumbang,edwin,janting,dennis,kimi,dannymic,katelina,gumas,john,tang,alvin,jimmy,depong,simon,muncih,sandy,jack,ivy,sinau,iipin,joshepine

Friday, March 14, 2014

Depression atau stress.. -_-

Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahim...


Setelah sekian lama berhenti menulis akhirnya ilham menulis datang lagi... Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi kesempatan atas penulisan yang simple tetapi moga memberi manfaat kepada semua.

Mungkin ada sesetengah orang beranggapan depression merupakan tidak ada sebarang masalah atau lebih mudah tidak ada sebarang tekanan.

Maksud perkataan depression adalah / The meaning of depression is :
kemurungan, kemelesetan, kesedihan, lekukan- sumber mykamus
Maksud perkataan stress adalah / The meaning of stress is :
tekanan, tegasan, desakan , ketegangan , perihal menitikberatkan, menekankan, menitikberatkan- sumber my kamus
Setelah hampir bulan ke 2 saya mengajar di sebuah sekolah akhirnya saya menghadapi tekanan tahap melampau. Sehinggakan saya menyendiri dan kurang bergaul dan bercakap dengan teman di sekeliling dan banyak menghabiskan masa dengan bilik dan tidur. Rehat! -_-

Masalah ini disebabkan beberapa faktor yang menyakinkan saya masalah paling sukar untuk saya kawal dan badan saya tidak mampu untuk melakukannya. Saya mengajar 12 subjek dari tahun 1 hingga tahun 5, pelbagai subjek dan ketidakupayaan badan untuk belajar dengan pantas membuatkan akhirnya saya menghadapi tekanan yang melampau .-_-

Saya kerap demam, sakit dan paling teruk minor simptom penyakit kronik..huh! Mula2 saya kategorikan diri saya sebagai seorang yang stress tetapi bila sudah tahap saya mengasingkan diri dan tidak bergaul, insomia dan paling teruk saya menjadi seorang yang paling tidak ceria saya sudah mengkategorikan diri saya ialah insan murung.



Tuesday, November 26, 2013

sebahagian dari diri ku terbuka......

Assalamualaikum...


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah......






Sebahagian dari diri ku terbuka...T_T


Apakah maksud topik kita? ia menjurus kepada aib... tau tak apa itu aib?

..dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; ...(Al-Hujuraat 49:12)

Rasulullah ๏ทบ bersabda: 
 
ูˆَู…َู†ْ ุณَุชَุฑَ ู…ُุณْู„ِู…ًุง ุณَุชَุฑَู‡ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ 
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Tajuk saya sangat sensitif...

Ada seorang hamba Allah ni bercerita kepada saya tentang dirinya sepanjang tahun kerap sekali dicaci dan dimaki oleh orang sekelilingnya sehinggakan dia tidak mengetahui apakah cara terbaek yang harus dilakukan si dia bagi mengatasi masalah tersebut.

Ketika di tengah dalam proses menghabiskan semester terakhirnya di sebuah universiti tempatan dia hampir saja gagal untuk menghabiskan pengajiannya gara-gara sikap seorang kawan yang sanggup memburukan dia. Mengatakan dia telah membuat suatu statement yang memalukan nama universiti tersebut padahal hakikat sebaliknya di mana dia hanya mangsa keadaan. 

contoh mudah:

"aku rasa nak tampar je muka si polan tu- ayat yang di keluarkan oleh seorang rakan"

tetapi rakan yang menuturkannya telah mengatakan kepada orang lain bahawa kawan saya ni yang menuturkannya.


beberapa bulan selepas kejadiaan itu, si rakan saya ni berjumpa dengan seorang lelaki dan hampir berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi kerana bukan jodoh dia jadi mereka tidak jadi berkahwin. Namun yang menyedihkan apabila keluarga laki ini telah melemparkan tomahan sehinggakan si rakan hampir saja merasakan dirinya sangat kerdil.

"semua barang yang aku bagi tu aku anggap sedekah jariah, kau tu boleh tidak beranak nanti dengan penyakit yang macam-macam, kau tu perempuan pisau cukur, perempuan mata duitan, perempuan tak sedar di untung, keluarga kau tu tak pandai didik anak."

kalau dia hanya bercerita kepada si rakan mungkin si rakan tidak lah kesah sangat dan mampu menerimanya tetapi dengan seluruh kaum keluarga si laki dan lebih memalukan keluarga lelaki melibatkan kawan si rakan.

saya melihat si rakan pun turut menangis simpati.. apakan daya nasib si rakan.


beberapa bulan lagi....

si rakan menangis lagi tapi dia nampak lebih tenang dari sebelumnya, kali ini dia bercerita kepada saya ada budak satu ofis dia duk cerita keburukkan dia dengan seorang lelaki yang sangat sayang akan dirinya. 

"Jangan suka dengan si polan,si polan tu dia tak jadi kawen sebab dia dulu perangai buruk, tak dengar cakap dan asyik bertukar-tukar lelaki, lepas tu si polan tu selama ini dia sentiasa guna duit saya tau. Si polan tu dah tak suci lagi."

kalau dia setakat bercakap dengan lelaki tersebut mungkin dia tidaklah sedih sangat selepas seorang seorang pula yang telah dia ceritakan sehinggakan si rakan saya hanya mampu bersabar dan terus berdiam diri.


TAPI WAJARKAH KITA MENCERITAKAN AIB ORANG?

Di sini ingin saya katakan bahawa kita hanya manusia biasa yang sentiasa membuat silap dan ada masa depan dan juga masa lepasnya mungkin dulu dia begitu nanti? siapa kita untuk terus menghakimi dan mempersoalkan.

# nasihat saya kepada si rakan baiknya kalau awak belaja untuk kurangkan pergaulan dan lebih tepat jarakkan diri dengan orang. moga suatu hari Allah menjadikan si rakan seorang yang sangat disegani.


Dalam apa keadaan aib orang itu boleh kita buka? view kat blog ni http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/membuka-aib-orang-dibenarkan-pada-4.html

Sunday, November 3, 2013

OCD!!!! Obsessive-Compulsive Disorder ....






Assalamualaikum...

# lama idea membeku sekarang tetiba teringat words dari bos "awak ni OCD!"...


Apa itu Obsessive-Compulsive Disorder  (OCD)?



Sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang . 

Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa.

Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

AKU DAN OCD!

Kantoi OCD... aku ni x tau lak aku ni OCD... yang buat kantoi tu bile aku kena kemaskan meja my Boss.. biasalah adminkan scope of job dia yang satu ni mengemas dan membersihkan meja. Tak kisahlah sebenarnya aku suke je sebab memang hobi kot mengemas tambahan aku memang sukakan kekemasan. Kalau keadaan sepah otak aku pun naik serabut dan pening. 

kelakarnya kantoi sebab aku pi watsapp boss camgini "boss tolong jangan sepah sangat ye =)" .. Yelah dah terbiasa dengan keadaan tu kan. Mula-mula takde pun dye nak gitau. Lepastu one days aku pi masuk bilik dye sebab nak citer pasal meeting & seperti biasa meja dia sepah dia tengok respon tak senang aku kot. Dia mula mengemas aku lak hurm slumber gitau.. "Boss tak pe sebab meja sepah tu kreatif, saya baca dalam satu artikle so takyah lah kemas".. muka senyum sampai mata tersepet-sepet dah..nasib guna cermin mata korea yang akan hide bertapa aku malu dengan diri aku!

the next next days my boss hantar balik tu yang dia gitau awak de OCD..sambil senyum menguntum! buat hati runtun blurrrr!!sindiran kejam dan tajam!...

Ex manager aku masa aku jadi designer kat Ayu Fabrik dulu pun gitau yang aku ni siap semua meja orang kat ofis akan aku bersihkan! tengok! terok ke tidak? 

bab makan!

Orang yang sangat memahami perangai aku ni tak lain tak bukan BFFTJ  si Belle & Fikri je.. Kathy maybe paham gak kot tapi malas nak layan obsessive aku ni. Kalau pi makan tak boleh kot tempat kotor, aku akan buka cermin mata. Kritikal kan?? Siap Fikri kene bawa aku makan kat tempat betol2 bersih kesian dia! Belle ok sikit sebab kiteorg sama de penyakit ni. =P Kathy pun dia malas nak fikir kot!! 

Pi berkhemah? tau apa jadi?? aku tak makan tau sampai tiga hari! sebab OCD yang terlampau ni sampai satu saat aku sedar kenapa perlu was-was! kenapa nak rasa kotor? kenapa perlu rasa tak selesa! akhirnya waktu pi khemah aku mengalah jugak dengan keadaan kotor ni! terpaksa merembat segala makanan walaupun tidak bersih! (Sebab aku kena warning zool nanti lapar kalau tak makan! hambek kau Effa!)

masak!

kalau aku masak! ^_^ aku pastikan semua aku cuci dulu termasok tangan aku... dah nak terjelir-jelir lidah bile fikir! :P tangan aku akan aku cuci setiap kali aku nak masukkan makanan...Kalau aku tetiba bawa kain buruk untuk lap dapur pasti lepastu aku cuci lagi tangan! hah! tengok ko nyah teruk ke tidak! Waktu kat rumah sendiri boleh lah buat camtu bile kat rumah Belle sama je! tapi bila kat rumah Fikri!!!!!! ooooo tidakkkkk!!! aku dan fikri mempunyai obsessive yang sama bab masuk dapur ni... kiteorang akan make sure semua clean! pinggan pun kena susun ikut susuan yang betul siap fikri boleh marah mama dia bile tak kemaskan dapur hah! tengok patut kiteorang ni BFFTJ...

Ni aku memang tak boleh nak buang sebab tersusun itu cantek!


sekeliling!!

aku benci tahi cicak!! pastinye bile de tahi cicak mood makan pe2 je yang sangkut paut hurmm buat aku tak lalu nak menjamah makanan dan tak lalu nak buat apa2.. Kalau debu?? ni aku ok sikit... =) 
Rokok?? hurm abu rokok memang musuh ketat aku..tapi sebab BFFTJ aku si Fikri merokok dan dia memahami yang aku ada masalah dengan abu rokok dia akan pastikan meja yang kami makan tidak akan ada bekas abu rokok.. tapi sekarang aku dah imune hihi sebab budak ofis aku dari pangkat atas sampai bawah hobi diaorang tu! :P 

patut tidak patut!

bagi aku ok ke penyakit aku ni bukan tahap ada gangguan dan ketidak rasionalan pun..cuma bagi orang mungkin diaorang beranggapan aku tahap teruk tapi sepanjang aku berkawan dengan siapa-siapa aku masih mampu mengawal penyakit aku ini! tambahan aku banyak kawan bukan islam jadi aku patut menjaga hati mereka kekadangan cuma kalau sampai diaorang bawa makan kedai cina tu aku memang tak boleh lah! setakat lepak pi tempat karoke dan pe2 yang berkaitan itu aku masih boleh mengawal ketidakrasionalan aku! 

=> berpada!jangan sampai tak makan kerana obsessive! 
=> manusia dan persekitaran ada pelbagai jadi saling menerima dan melengkapi diri dengan keadaan itu adalah perlu!

# dear  boss, saya minta maaf mungkin saya keterlaluan tapi saya tidak lah sampai waktu study dulu meja saya tak sepah langsung dan bilik saya kemas sangat! kadang2 masa terhad buat saya pun tidak mampu jadi OCD! cuma saya suka tengok meja boss bersih nampak sesuai dengan perwatakan boss yang smart! =)

 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos