Bismilahirahmanirahim....
Pengenalan
Murid-murid sekolah rendah merupakan jentera utama dalam kelangsungan bangsa madani
untuk memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun,
wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda untuk keseimbangan
potensi individu.
Pemahaman
membaca dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu pada aras mudah,
sederhana sehinggalah kepada aras yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong
oleh Dechant (1981), Ismail Zakaria et al. (1992) dan Safi’ah Osman (1990) yang
menekankan bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman membaca pada peringkat
yang paling asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang
lebih tinggi. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid yang
bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah
dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid- murid yang gagal
untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi
seorang pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985).
Pernyataan
tersebut memberi input kepada kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan
murid-murid adalah berpunca daripada kegagalan guru dalam mengaplikasikan
amalan dan strategi membaca secara sistematik dan efektif. Dilihat daripada
aspek psikolinguistik, membaca dan memahami akan melibatkan proses mencipta dan
meneliti serta menggarap kemampuan mental untuk mencantumkan idea utama dan
pada waktu yang sama juga melakukan banyak pertimbangan terhadap sesuatu
informasi itu sama ada betul atau sebaliknya (Ismail Zakaria et al. :1992).
Oleh itu, penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan
serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai
alternatif dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan
kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan
satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan
kebangsaan. Justeru itu, pendidikan pemulihan digunakan untuk memulihkan
sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran
pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid lembap amat merisaukan bukan
sahaja ibu bapa malahan juga masyarakat dan kerajaan.
Masalah
pembelajaran secara terperinci
Murid ini merupakan murid yang menghadapi masalah
dalam pembelajaran kerana gagal untuk semua subjek. Setelah dipantau masalah
utama murid ini dia tidak mengenal huruf apatah lagi mengeja. Dia mula dihantar
di kelas pemulihan pada tahun 2011 melalui markah ujian dignostik. Ujian ini
telah dianjurkan bagi memastikan murid yang mempunyai masalah yang kritikal ini
dapat dikesan.
Di samping itu,
kemahiran menulis murid juga merupakan masalah utama di sini. Murid masih
menulis huruf “c” terbalik. Melalui ini, kita dapati masalah murid ini sangat
kritikal. Selain itu, hanya segelintir huruf sahaja yang mampu dikuasai murid.
Dalam dua puluh enam huruf yang ada hanya sepuluh huruf yang mampu diingati
murid. Antara hurufnya ialah “A b c d e f G H y Z”. Menurut Juriah Long, (1990)
membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan
juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.
Masalah mengeja murid juga kurang baik kerana murid
masih berpandu pada perkataan yang diberi guru. Jika disuruh mengeja murid akan
mengeja dengan betul berdasarkan perkataan yang diberikan tetapi sebutannya
pasti berbeza. Sebagai contoh, perkataan “kotak” sebutan jadi “botak”. Otak
murid masih menghadapi kekeliruan dalam menyebut perkataan yang dieja.
Manakala, bagi subjek matematik juga sukar untuk
dipahami murid kerana dia tidak pandai mengeja. Apatah lagi hendak menyelesaikan
masalah untuk subjek tersebut. Tambahan pula, bagi subjek matematik ayat yang
digunakan lebih sukar untuk difahami. Walaubagaimana pun, bagi subjek seperti
sains sukar juga difahami kerana perkataan yang terkandung dalam subjek
tersebut pula lagi sukar.
Bagi subjek yang lain, juga mempunyai masalah yang
sama. Tetapi bagi subjek ICT murid mampu menguasainya, kemahiran menggunakan
computer murid agak baik kerana dia mampu menguasai permainan yang terdapat
dalam computer dengan cekap. Manakala, penggunaan computer sebagai tujuan
belajar murid tidak begitu mahir.
Faktor-
faktor murid menghadapi masalah pembelajaran
1.
Faktor Baka
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan
penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan
oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan
sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi
dysfunction ). Alfred binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah
diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran
(Borich&Tombari,1997).
Berdasarkan
masalah yang dihadapi murid didapati masalah ini berpunca dari baka kerana
abang sulung murid juga menghadapi masalah yang sama. Abang sulung Mohd. Rafizh
Zamani merupakan murid di kelas pemulihan khas kerana menghadapi masalah “speak
delay”. Jadi melalui kes ini faktor baka memainkan peranan penting kerana
Rafizh juga menghadapi masalah yang sama.
2. Faktor
Persekitaran
Ini merupakan faktor
kedua terpenting kerana persekitaran sedia ada yang dihadapi Rafizh memainkan
peranan dalam melengkapi kehidupan seharian dia. Menurut Papalia,2001,
persekitaran bermaksud individu dan objek ditemui serta peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya.
Ini bermakna persekitaran merupakan perkara yang bukan genetic yang
mempengaruhi seseorang individu. Persekitaran yang terdapat pada kes Rafizh
ialah keluarganya seringkali berpindah randah menyebabkan tumbesaran
kanak-kanak agak terganggu.
Selain itu, keadaan
kelas Rafizh iaitu kelas 3C Juga
memainkan peranan penting di sini kerana kelas yang terlalu bising boleh
mengganggu minda Rafizh untuk memproses data dengan pantas. Tinjauan literature
atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh
beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa
persekitaran keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan
di atas, peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran
kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku
maka mereka akan lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah
sebaliknya.
3.
Faktor Psikologi
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh
sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan
kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah
pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh
itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara
teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.Minat dan motivasi sangat
berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam
terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang
kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid. Hal ini dapat dilihat
melalui sikap Rafizh itu sendiri dalam membentuk keminatan membaca ini. Dia
sangat tidak sabar untuk balik pada hari Jumaat kerana hendak bermain.
4. Faktor Individu
Faktor individu
berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid- murid yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat
bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks
ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah
dalam pembelajaran. Kita dapati Rafizh memang seorang murid yang lemah membaca
apatah lagi mengenali huruf. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan
kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna
yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.
5. Kaedah Pengajaran Guru
Kanak -kanak
hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang
singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan
arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan
displinkan. Oleh itu, kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah
pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau, tidak
boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak
-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan
dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan
gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia
tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Bagi
masalah Rafizh sebaliknya di mana dia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan
murid yang hiperaktif ini, kerana dia akan menjadi salah seorang murid yang
tidak diberikan perhatian.
6. Faktor Pemakanan
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan
-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku
kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas
dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika
riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini
penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang
abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , dalam kes Mohd Rafizh dia tidak
hiperaktif tetapi mungkin pemakanan ini memainkan peranan penting dalam
perkembangan minda kanak-kanak tersebut. Makanan seperti kekacang, buah-buahan
sangat penting untuk pembesaran tetapi Mohd Rafizh hanya makan sayuran kampung
yang mungkin tidak elok untuk tumbesarannya.
Cadangan bagi mengatasi masalah
pembelajaran
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan
prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran
membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya, iaitu
pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan
yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya
disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu
mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi
keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah dapat
membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku
di dalam bilik darjah.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik,
bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi
untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum
dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan
kesan positif dalam diri murid. Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media
bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua
hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha yang
berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsistendengan memberi maklumat
dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca
dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan
dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran
dan pembelajaran murid-murid lembam.
Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan
bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka
seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti
rakan mereka yang beruntung. rakan
mereka yang beruntung. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah
penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya.
Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang
terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu,
penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang
kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya
kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa,
pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan
dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia
sembilan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak
lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi
penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun
kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun.
Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut
kurikulum didalam darjah satu. Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang
mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal
yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian
IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan
lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan
khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan
berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Selain itu, ada beberapa cara lain untuk membantu murid
-murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi
untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin
kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau
menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki.
Kanak -kanak ini
boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh
guru -guru yang berpengalaman.
Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak
itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau
menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak
-kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku
juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan
gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya
sesuatu perkataan yang tertulis.
Penutup
Masalah
membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam
pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesan psikologi
kepada individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan diri sendiri
sekiranya mereka memiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud
(2005), terdapat ramai murid yang tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka
menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya.
Membaca dan
memahami merupakan suatu proses yang perlu dilakukan secara serentak. Kegagalan
murid membaca dan memahami teks terutamanya pada peringkat Tahun 1 menunjukkan
kegagalan murid mengurusi fungsi mental tertinggi (ZPT) bagi menguasai
sesuatu kemahiran (Vygotsky 1935). Justeru, guru harus memainkan peranan dengan
memberikan bantuan mengikut tahap-tahap yang diperlukan oleh murid intervensi
tersebut.
Fenomena di
atas memberikan gambaran kepada kita bahawa guru-guru perlu mengaplikasikan
konsep psikolinguistik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca dan
memahami terhadap murid-murid LINUS ini. Seperti yang dinyatakan oleh Mengantar
Simanjuntak (1982), bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa
sebenarnya adalah masalah psikolinguistik. Malah Ahmad Foad Hashim (1989),
dalam Abdul Aziz Talib (1989), turut mengatakan bahawa jika guru ingin
pengajaran dan pembelajaran membaca menjadi berjaya dan berkesan, maka perkara
itu perlulah bersandar kepada teori linguistik yang mampu menerangkan sesuatu
takrif bahasa, asal usulnya, cara bekerja dan cara bagaimana sesuatu bahasa itu
terhasil dan dapat difahami.
Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati
berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa
Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian
mereka terhadap mata- mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris,
dan Sains.
Refleksi
Saya
membuat refleksi ini berdasarkan analisi SWOT di mana, kekuatan yang saya dan
Siti Robiani dapat dari kajian ini ialah guru-guru dan pihak sekolah saling
memberi kerjasama yang baik. Di samping itu, kekuatan lainnya ialah saya
menghasilkan kerja kursus ini secara berkumpulan bersama dengan Siti Robiani
dalam mengumpul maklumat walaupun kami berlainan Kursus. Kekuatan yang lain
ialah, ibu bapa murid ialah orang kampung saya jadi mudah untuk kami mengatur
masa pada petang selasa dan diawalkan tidak mengikut tarikh yang ditetapkan.
Kelemahan
saya dalam menghasilkan kerja kursus ini ialah, saya tidak dapat menghuraikan
dengan lebih terperinci mengikut teori yang sedia ada dan hanya berpandukan
jurnal dan buku semata-mata. Selain itu, kami gagal berbuat seperti yang
dirancangkan untuk berjumpa dengan ibu bapa murid pada hari rabu pagi. Peluang
yang saya dapati daripada kerja kursus ini ialah mengenali masalah pembelajaran
murid dengan lebih dekat. Di samping itu, saya mampu belajar beberapa kaedah
pengajaran bagi murid yang menghadapi masalah ini. sekiranya saya diarahkan
mengajar murid sebegini pasti saya akan memastikan saya mengenali murid dengan
lebih dekat agar saya mampu membimbing murid saya dengan baik.
Berdasarkan
situasi yang telah saya hadapi sepanjang membuat kerja kursus ini terdapat
pelbagai cabaran yang saya dan teman saya iaitu Siti Robiani hadapi. Pertama kami
kesuntukkan masa dalam mencari bahan-bahan rujukan dan masa untuk menghasilkan
laporan yang baik. Berdasarkan kajian ini hanya diperuntukkan dua minggu untuk
menghasilkan kerja kursus. Kesukaran untuk mendapatkan murid yang sesuai dan
masa yang sesuai. Setelah mengenal pasti guru pemulihan Khas dan mendapatkan
maklumat daripada dia baru kami dapat meneruskan kerja kursus ini.
Sebagai
penambahbaikan saya dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah
melibatkan lima elemen penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa
pembelajaran dan pengajaran berjalan.
Lima elemen tersebut ialah membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik
dan membetulkan kesalahan murid semasa mereka membuat kerja bertulis
tersebut. Kedua, melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana
pergerakan memberi kesan yang baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang
menerima oksijan yang cukup memberi kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik. ketiga,
aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar,
padanan kad perkataan/perkataan, suaian kad-kad sukukata/cantuman membina
perkataan.keempat, Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana
kerjasama antara mereka memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang
lemah dengan murid yang lebih maju. Terakhir, mempelbagaikan medium bahan bantu
mengajar. Menggunakan kaedah konvensional dan bahan-bahan tersebut di
aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri bersesuaian dengan
kemahiran yang diajar.
No comments:
Post a Comment