Tuesday, October 1, 2013

Adakah kita sedar??

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim....



#hanya orang yang ada mata dan ada hati... selebih tu baik takyah bace k!! bukan nk cakap tentang siapa2...just utk renungan bersama...



Adakalanya kita tidak sedar sebenarnya apa yang kita lakukan tidak juga betul dan tidak juga salah tapi jangan hanya berlandaskan satu pegangan tanpa memikirkan yang tertulis dalam Al-Quran dan diajar berlandaskan sunnah. Saya bukan juga pandai bab2 agama ni tapi kita sama2 belajar dan meneliti.

Kalau nak diceritakan bab mentaliti memang adakalanya kita ini mengikut adat tapi adat tu kadang-kadang ada baiknya. Dengan adatlah maruah seseorang itu lebih terjaga dan terjamin. Sebagai contoh, adat selalunya melarang untuk kita keluar tanpa kebenaran ibu bapa, namun kerana mentaliti orang sekarang yang "open minded" adat ini tidak dihiraukan. Jika kita lihat kesan pada adat itu kepada diri seseorang sangat mudah sebenarnya. Jika kita keluar tanpa kebenaran tambahan orang yang tidak diketahui, apa2 yang berlaku diluar kawalan kita siapa yang akan menanggung risiko tersebut. Adat ini menunjukkan kejatian diri kita sebenarnya.


Jika dilihat dari sudut siapa yang harus ditaati pula, Dalam Al-quran juga menceritakan tentang ketaatan kita kepada ibu bapa akan mendapatkan keredhaanNya, Namun ada sesetengah orang cuba mengetepikan tentang erti taat itu sendiri. Ya, memang perempuan wajibnya mengikuti si Suami tetapi sebagai suami dia sewajarnya mendidik isterinya untuk menjadi anak yang taat kepada ibu bapa. Bagaimana cara kita melakar kehidupan kita sekarang dan begitu jugalah akan terjadi di masa akan datang. "WHAT YOU HAVE DONE AND WHAT YOU GET BACK!". We deserve based on what we have done to others.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)


“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sepanjang tempoh kita membesar pernahkah kita terfikir siapa orang yang layak untuk dihormati? disayangi? dan ditabur bakti? Jika kita melihat dalam konsep memetingkan diri, layakkah kita untuk berpaling dalam satu takuk lain hanya kerana takuk yang lama memberikan seribu kepayahan?

Hormat? bukan dari sudut kewangan tapi hormat dari sudut siapa yang betul-betul ikhlas memberikan kita segalanya tanpa meminta sebarang balasan. Dari sudut adat kita patut menghormati orang tua dari kita. Tapi dalam konteks kehidupan sekarang hormat itu tidak berpegang pada konteks siapa tua tapi siapa yang memiliki harta! Itu adalah asas yang salah.

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.(An-Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86) 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". (surah Al-bakarah ayat 24)
Petikan kata2 dari sesorang yang sangat saya kagumi.

"tak kisah lah banyak mana orang menolong mu pasti suatu hari ada orang lain pula yang menolongnya, begitu juga sebaliknya. taburlah budi pada siapa sahaja tapi jangan sama sekali menunjuk-nujuk kerana Allah itu yang berhak untuk membalasnya dalam konteks apa sahaja."

p/s Berilah kasih sayang kita kepada siapa sahaja kerana kasih sayang Allah itu lebih hebat dan besar, berbaktilah dengan orang yang berbakti dengan dirimu bukan berbakti dengan orang yang melihatimu. Hormatlah orang bukan pada kedudukannya tapi hormatlah orang yang patut dihormat.



::tukar cara berfikir, bukan bermaksud menukar cara hidup dan jati diri::

No comments:

Post a Comment

 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos