Wednesday, September 25, 2013

Apa yang kita perlu??

Assalamualaikum...

Bismilahirahmannirahim.....


Topik yang saya nak ketengahkan kali ni tentang human basic NEED AND WANT....

Need tu merupakan keperluan yang semua orang nak dan semua orang perlu, kalau tidak memilikinya pasti hidup kita tidak lengkap. Lebih kepada keperluan asas sebagai manusia. Contohnya seperti, rumah, makanan, dan kasih sayang.

Want pula merupakan satu cabang kehendak manusia saja. Tidak memiliknya pun tidak mengapa.  Contohnya seperti rumah banglo, makanan di tempat hotel 5 star dan apa-apa sahaja yang melebihi daripada sewajarnya kita miliki.

Sekarang saya rasa terpanggil untuk menulis tentang Keperluan dan Kehendak ini kerana saya merasakan sesetengah orang gagal membezakannya mengikut peredaran zaman sekarang.

Menurut perspektif Psikologi

Maslow (1968,1970), Teori Hierarki Maslow (Maslow’s Needs-Hierarchy Theory) diperkenalkan oleh Maslow. Maslow mencadangkan bahawa manusia mempunyai lima keperluan peringkat tinggi.

=>keperluan Fisiologikal (Physiological Needs) – Manusia memerlukan keperluan fisiologikal tertentu seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan.

=> Keperluan Keselamatan (Safety Needs) – Maslow berkata apabila keperluan fisiologikal telah dipenuhi dengan memuaskan. Barulah keperluan keselamatan dirasakan perlu. Setelah mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi. Barulah kesejahteraan diri anda keselamatan dan perlindungan akan mempengaruhi tingkah laku.

=> Keperluan Sosial (Social Needs) – Apabila telah merasa selamat dan telah mempunyai makanan serta minuman yang mencukupi maka keperluan sosial akan menentukan tingkah laku.

=>Penghargaan Diri (Esteem Needs) – keperluan untuk keyakinan diri, kebebasan, pencapaian, kecekapan dan pengetahuan. Keperluan ini mempunyai hubungan dengan reputasi seseorang. Keperluan untuk status, pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan.

=>Pencapaian Hasrat Diri (Self-Actualization Needs) – keperluan paling utama mula mempengaruhi tingkah laku seseorang apabila kesemua keperluan peringkat rendah telah dipenuhi dengan agak memuaskan. Keperluan hasrat diri memotivasikan kita untuk mengenali keupayaan kita sendiri, meneruskan pembangunan diri dan menjadi lebih kreatif.



Menurut perspektif islam pula,

Sarjana ekonomi Islam seperti Afzalur Rahman (1985), M.A. Mannan (1986: 47-48) dan Muslehuddin (1980: 58) mengklasifikasikan barangan keperluan manusia kepada tiga iaitu; barangan keperluan asas, barangan keperluan kecekapan dan barangan mewah. Pengguna Islam hanya berbelanja dalam klasifikasi keperluan asas (dharuriyat) dan barangan kecekapan (hajiyat) sedangkan yang lebih dari itu adalah membazir dan tidak produktif.

Dharuriyat (barangan keperluan asas); semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta. 
Hajiyat (barangan kemudahan dan keselesaan); benda yang membantu meningkatkan kecekapan, memudahkan hidup manusia dan meningkatkan kualiti kehidupan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?”                                                                                                                                                                      (al-a’raf: 32)“Apabila Tuhan sudah mengurniakan rezeki-Nya ke atasmu, Ia lebih suka melihat rezeki-Nya itu pada dirimu (dalam bentuk pemakanan, pakaian dan kehidupan yang baik)”.                                                                                                                                                (Riwayat Abu Dawud)


Kamaliyat (barangan mewah); Benda yang tidak membantu meningkatkan kecekapan tetapi mungkin sebaliknya. Ia adalah barangan-perkhidmatan yang menunjukkan gaya, prestij, perbezaan, kemegahan, kemewahan, kesempurnaan dan kelayakan. 
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir”.
     (al-Ma’arij:19)

menurut perspektif ekonomi pula,



:::MY POINT:::

Jika dibandingkan menerusi ketiga-tiga perspektif ini terdapat persamaan iaitu keperluan merupakan sesuatu yang asas untuk terus hidup. Namun demikian, cara mereka mengkategorikan kerperluan tersebut mengikut sudut kefahaman masing-masing. Jika kita lihat dalam peredaran zaman sekarang separa daripada kehendak kita sudah menjadi satu keperluan. CONTOH!!! telefon bimbit, kereta.

Jika kita lihat semula menerusi teori Maslow di mana beliau menekankan bahawa Keperluan Fisiologi itu hanya makanan, minuman dan tempat perlindungan dan bergitu juga perspektif ekonomi namun begitu dalam unjuran Islam pula menekankan bahawa semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta ialah merupakan keperluan asas. Perbezaan di sini amat ketara jika kita bandingkan menerusi "priority". 

Zaman sekarang priority setiap manusia merupakan sesuatu yang berbeza daripada teori dan prespektif tertentu. Hal ini adalah kerana pembagunan tanpa had dan batasan. Contohnya, teori Maslow menekankan tentang tempat tinggal, ya tempat tinggal memang asas yang diperlukan namun bila kita fikir secara wajarnya tinggal di rumah sendiri atau menyewa?? mungkin di perkampungan orang masih mampu memiliki rumah sendiri tetapi bagi penduduk bandar mereka hanya mampu untuk menyewa. Hal ini kita lihat mampu mengubah pandangan kita terhadap teori Maslow. Tempat tinggal memang penting tetapi konsep keselesaan dalam teori itu sendiri telah menegah kita untuk mengatakan keperluan terhadap tempat tinggal itu satu yang teoritikal.

contohnya: rumah sewa dan menyewa bersama dengan orang lain kerana kos rumah sewa yang tinggi. konsep keperluan fisiologi boleh dicapai tapi tidak sepenuhnya kerana konsep keselesaan itu tiada.

Manakala, perspektif islam pula mengutarakan tentang perlindungan diri,agama, akal dan keturunan dan juga harta. Keperluan manusia berpadanan dengan apa yang seharusnya dan sewajarnya dimiliki. Perspektif ini merupakan sesuatu yang sewajarnya kita fahami di mana dengan ada perlindungan diri iaitu tempat tinggal yang selesa mampu menjadikan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan menghasilkan keturunan yang baik.

contohnya: rumah yang selesa, keadaan tempat yang selesa dan persekitaran yang selesa mampu menjadi tempat perlindungan diri yang selesa dan jaminan hidup yang lebih selamat dan lebih mudah.


OLEH ITU, keperluan sekarang bukan bermaksud tempat tinggal, makan dan minum sahaja tetapi perlu diingatkan juga separa daripada kehendak kita itu merupakan keperluan untuk kita menjamin hidup yang harmoni.

Kalau kita menggunakan kereta pastinya kita akan memikirkan kereta yang lebih berkualiti dan jaminannya tahan kerana apa?? kerana semakin banyak kita mengeluarkan wang dalam satu bahagian semakin kita payah untuk melaksanakan satu bahagian yang lain keperluan kita.

Kalau kita mengenepikan makanan yang berkhasiat pasti kesihatan pun kerap terjejas dan tabungan untuk bahagian lain pulakan sukar dilaksanakan.

Kesimpulannya, Hidup kita bukan asas pada teoritikal tetapi pada asas realiti! cerminan realiti itu akan nampak bila kita hanya berpegang pada  konsep kehidupan. Bersederhana dan jaminan keselesaan untuk hidup. Realitinya konsep keperluan dalam islam merupakan tunjang untuk kita menilai di mana aturcara hidup yang kita pilih. Rumah yang baik pasti keturuan yang baik dihasilkan. Harta bukan tidak penting tetapi harta yang berlebihan itu sahaja menjadi tentangan untuk dimiliki dan wajar dikongsi bersama.


::p/s mana tersilap saya dalam menilai ketiga-tiga perspektif ini tolong diperbetulkan. 
Za

ZA

No comments:

Post a Comment

 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos