Tuesday, November 26, 2013

sebahagian dari diri ku terbuka......

Assalamualaikum...


dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah......






Sebahagian dari diri ku terbuka...T_T


Apakah maksud topik kita? ia menjurus kepada aib... tau tak apa itu aib?

..dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; ...(Al-Hujuraat 49:12)

Rasulullah ﷺ bersabda: 
 
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).

Tajuk saya sangat sensitif...

Ada seorang hamba Allah ni bercerita kepada saya tentang dirinya sepanjang tahun kerap sekali dicaci dan dimaki oleh orang sekelilingnya sehinggakan dia tidak mengetahui apakah cara terbaek yang harus dilakukan si dia bagi mengatasi masalah tersebut.

Ketika di tengah dalam proses menghabiskan semester terakhirnya di sebuah universiti tempatan dia hampir saja gagal untuk menghabiskan pengajiannya gara-gara sikap seorang kawan yang sanggup memburukan dia. Mengatakan dia telah membuat suatu statement yang memalukan nama universiti tersebut padahal hakikat sebaliknya di mana dia hanya mangsa keadaan. 

contoh mudah:

"aku rasa nak tampar je muka si polan tu- ayat yang di keluarkan oleh seorang rakan"

tetapi rakan yang menuturkannya telah mengatakan kepada orang lain bahawa kawan saya ni yang menuturkannya.


beberapa bulan selepas kejadiaan itu, si rakan saya ni berjumpa dengan seorang lelaki dan hampir berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi kerana bukan jodoh dia jadi mereka tidak jadi berkahwin. Namun yang menyedihkan apabila keluarga laki ini telah melemparkan tomahan sehinggakan si rakan hampir saja merasakan dirinya sangat kerdil.

"semua barang yang aku bagi tu aku anggap sedekah jariah, kau tu boleh tidak beranak nanti dengan penyakit yang macam-macam, kau tu perempuan pisau cukur, perempuan mata duitan, perempuan tak sedar di untung, keluarga kau tu tak pandai didik anak."

kalau dia hanya bercerita kepada si rakan mungkin si rakan tidak lah kesah sangat dan mampu menerimanya tetapi dengan seluruh kaum keluarga si laki dan lebih memalukan keluarga lelaki melibatkan kawan si rakan.

saya melihat si rakan pun turut menangis simpati.. apakan daya nasib si rakan.


beberapa bulan lagi....

si rakan menangis lagi tapi dia nampak lebih tenang dari sebelumnya, kali ini dia bercerita kepada saya ada budak satu ofis dia duk cerita keburukkan dia dengan seorang lelaki yang sangat sayang akan dirinya. 

"Jangan suka dengan si polan,si polan tu dia tak jadi kawen sebab dia dulu perangai buruk, tak dengar cakap dan asyik bertukar-tukar lelaki, lepas tu si polan tu selama ini dia sentiasa guna duit saya tau. Si polan tu dah tak suci lagi."

kalau dia setakat bercakap dengan lelaki tersebut mungkin dia tidaklah sedih sangat selepas seorang seorang pula yang telah dia ceritakan sehinggakan si rakan saya hanya mampu bersabar dan terus berdiam diri.


TAPI WAJARKAH KITA MENCERITAKAN AIB ORANG?

Di sini ingin saya katakan bahawa kita hanya manusia biasa yang sentiasa membuat silap dan ada masa depan dan juga masa lepasnya mungkin dulu dia begitu nanti? siapa kita untuk terus menghakimi dan mempersoalkan.

# nasihat saya kepada si rakan baiknya kalau awak belaja untuk kurangkan pergaulan dan lebih tepat jarakkan diri dengan orang. moga suatu hari Allah menjadikan si rakan seorang yang sangat disegani.


Dalam apa keadaan aib orang itu boleh kita buka? view kat blog ni http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/membuka-aib-orang-dibenarkan-pada-4.html

Sunday, November 3, 2013

OCD!!!! Obsessive-Compulsive Disorder ....






Assalamualaikum...

# lama idea membeku sekarang tetiba teringat words dari bos "awak ni OCD!"...


Apa itu Obsessive-Compulsive Disorder  (OCD)?



Sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang . 

Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa.

Ia juga seringkali menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

AKU DAN OCD!

Kantoi OCD... aku ni x tau lak aku ni OCD... yang buat kantoi tu bile aku kena kemaskan meja my Boss.. biasalah adminkan scope of job dia yang satu ni mengemas dan membersihkan meja. Tak kisahlah sebenarnya aku suke je sebab memang hobi kot mengemas tambahan aku memang sukakan kekemasan. Kalau keadaan sepah otak aku pun naik serabut dan pening. 

kelakarnya kantoi sebab aku pi watsapp boss camgini "boss tolong jangan sepah sangat ye =)" .. Yelah dah terbiasa dengan keadaan tu kan. Mula-mula takde pun dye nak gitau. Lepastu one days aku pi masuk bilik dye sebab nak citer pasal meeting & seperti biasa meja dia sepah dia tengok respon tak senang aku kot. Dia mula mengemas aku lak hurm slumber gitau.. "Boss tak pe sebab meja sepah tu kreatif, saya baca dalam satu artikle so takyah lah kemas".. muka senyum sampai mata tersepet-sepet dah..nasib guna cermin mata korea yang akan hide bertapa aku malu dengan diri aku!

the next next days my boss hantar balik tu yang dia gitau awak de OCD..sambil senyum menguntum! buat hati runtun blurrrr!!sindiran kejam dan tajam!...

Ex manager aku masa aku jadi designer kat Ayu Fabrik dulu pun gitau yang aku ni siap semua meja orang kat ofis akan aku bersihkan! tengok! terok ke tidak? 

bab makan!

Orang yang sangat memahami perangai aku ni tak lain tak bukan BFFTJ  si Belle & Fikri je.. Kathy maybe paham gak kot tapi malas nak layan obsessive aku ni. Kalau pi makan tak boleh kot tempat kotor, aku akan buka cermin mata. Kritikal kan?? Siap Fikri kene bawa aku makan kat tempat betol2 bersih kesian dia! Belle ok sikit sebab kiteorg sama de penyakit ni. =P Kathy pun dia malas nak fikir kot!! 

Pi berkhemah? tau apa jadi?? aku tak makan tau sampai tiga hari! sebab OCD yang terlampau ni sampai satu saat aku sedar kenapa perlu was-was! kenapa nak rasa kotor? kenapa perlu rasa tak selesa! akhirnya waktu pi khemah aku mengalah jugak dengan keadaan kotor ni! terpaksa merembat segala makanan walaupun tidak bersih! (Sebab aku kena warning zool nanti lapar kalau tak makan! hambek kau Effa!)

masak!

kalau aku masak! ^_^ aku pastikan semua aku cuci dulu termasok tangan aku... dah nak terjelir-jelir lidah bile fikir! :P tangan aku akan aku cuci setiap kali aku nak masukkan makanan...Kalau aku tetiba bawa kain buruk untuk lap dapur pasti lepastu aku cuci lagi tangan! hah! tengok ko nyah teruk ke tidak! Waktu kat rumah sendiri boleh lah buat camtu bile kat rumah Belle sama je! tapi bila kat rumah Fikri!!!!!! ooooo tidakkkkk!!! aku dan fikri mempunyai obsessive yang sama bab masuk dapur ni... kiteorang akan make sure semua clean! pinggan pun kena susun ikut susuan yang betul siap fikri boleh marah mama dia bile tak kemaskan dapur hah! tengok patut kiteorang ni BFFTJ...

Ni aku memang tak boleh nak buang sebab tersusun itu cantek!


sekeliling!!

aku benci tahi cicak!! pastinye bile de tahi cicak mood makan pe2 je yang sangkut paut hurmm buat aku tak lalu nak menjamah makanan dan tak lalu nak buat apa2.. Kalau debu?? ni aku ok sikit... =) 
Rokok?? hurm abu rokok memang musuh ketat aku..tapi sebab BFFTJ aku si Fikri merokok dan dia memahami yang aku ada masalah dengan abu rokok dia akan pastikan meja yang kami makan tidak akan ada bekas abu rokok.. tapi sekarang aku dah imune hihi sebab budak ofis aku dari pangkat atas sampai bawah hobi diaorang tu! :P 

patut tidak patut!

bagi aku ok ke penyakit aku ni bukan tahap ada gangguan dan ketidak rasionalan pun..cuma bagi orang mungkin diaorang beranggapan aku tahap teruk tapi sepanjang aku berkawan dengan siapa-siapa aku masih mampu mengawal penyakit aku ini! tambahan aku banyak kawan bukan islam jadi aku patut menjaga hati mereka kekadangan cuma kalau sampai diaorang bawa makan kedai cina tu aku memang tak boleh lah! setakat lepak pi tempat karoke dan pe2 yang berkaitan itu aku masih boleh mengawal ketidakrasionalan aku! 

=> berpada!jangan sampai tak makan kerana obsessive! 
=> manusia dan persekitaran ada pelbagai jadi saling menerima dan melengkapi diri dengan keadaan itu adalah perlu!

# dear  boss, saya minta maaf mungkin saya keterlaluan tapi saya tidak lah sampai waktu study dulu meja saya tak sepah langsung dan bilik saya kemas sangat! kadang2 masa terhad buat saya pun tidak mampu jadi OCD! cuma saya suka tengok meja boss bersih nampak sesuai dengan perwatakan boss yang smart! =)

Tuesday, October 29, 2013

HATI....



Hanya luahan rasa....



Kalau saya mampu, saya nak bawa pergi sekali...

Kalau saya mampu, saya nak bersama awak hingga nanti...

Kalau saya mampu, saya tak kan tangisi jika awak ingin pergi...

Kalau saya mampu, saya akan biarkan diri ini terus disakiti...


tapi...

saya tak mampu...

Kenapa?

Kerana bila awak pergi hati saya sunyi...

Ah!

wahai insan yang ku sayangi....

untuk kali ini aku terpaksa mengalah....

untuk kali ini aku terpaksa melangkah...

Beratnya!

Sakitnya!

Lukanya!

semua hanya aku merasanya...

Bila ada bahagia antara kita?

Bila kau belajar untuk berfikir apa dan siapa aku!!

ah!!

aku ingin sekali bersamamu...

# tak mampu diteruskan kerana luka dalam bernanah lagi.. tahniah effa!

Wednesday, October 23, 2013

Lelaki anak Emak....

Assalamualaikum...

Bismillarhirahmanirahim....




Lelaki anak emak??

Hah!! pasti ramai lelaki di luar sana yang mungkin beranggapan mereka sebenarnya bukan anak emak. Ramai yang tak nak mengaku. Tapi hakikatnya kita perlu tahu ada juga lelaki yang dikategorikan sebagai anak emak.

Wajar atau tidak??

Memang syurga seorang anak lelaki terletak pada kaki si ibu tetapi,bagaimana pula konsep lelaki anak emak ini boleh kita ketahui?

"Awak mak saya kata awak ni ayu dan comel lah."
"Awak mak saya kata awak tak sopan lah."

Bila lelaki itu memulakan semua topik perbualannya hanya menyebut nama emak dan melupakan nama bapanya itu pertanda dia ialah anak emak.

"Awak mak saya nak jumpe awak lah."

Ayat ini satu lagi peliknya. Wajarkah seorang perempuan dulu berjumpa famili lelaki pada dasarnya lelaki yang terlebih dahulu berjumpe famili perempuan. Lelaki anak emak mementingkan padangan emak dia semata-mata dan pastinya mengenepikan perasaan pasangannya. Jadi perempuan hati-hati!

"Mak nak kau ceraikan isteri kau!"

Nah! ini berlaku bila lelaki menjadi anak emak. Pastinya segala apa yang pasangannya lakukan akan menjadi sesuatu yang buruk dimatanya kerana emaknya lebih penting.

Mungkin si emak "protective" memang wujud tetapi kenalah bertempat dan bagi lelaki kena fahami tanggungjawab sebenar mereka dan sejauhmana konsep mendengar kata emak sewajarnya dilihat. Jangan sewenang-wenangnya beranggapan emaknya sentiasa betul dan tepat.

Realiti sebenar!

Salah satu kegagalan rumah tangga zaman sekarang berpunca daripada campur tangan orang ketiga selalunya bukannya skandal semata-mata lebih kepada doa seorang ibu. Cuba kita perhatikan disekeliling kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita, keluarga kita, bila berlaku campur tangan orang ketiga dan lelaki pula tidak tahu menilai yang mana betul atau salah di situ berlaku salah faham yang mengakibatkan pasangan merasakan kesakitan yang tidak terperi.

Lelaki anak emak, fikir sejenak mana bahagian kita perlu mengikut kata emak, mana bahagian kita tidak perlu begitu. Jika kita merasakan emak kita sentiasa betul pasti suatu hari pasangan kita sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan akhirnya mereka akan berhenti di situ.

Bila si ibu mengarahkan anaknya mencari pasangan lain apa yang sewajarnya lelaki patut jawab?

"Emak mana kurangnya bakal isteri/isteri saya? Adakah emak juga sesempurna itu?"
"Emak kalau saya cari pasangan lain, bagaimana pula kalau bapa pun cari pasangan lain?"

Tapi jawablah dengan lembut atau lebih senang bercerita dengan bapa atau abang atau sesiapa sahaja dalam keluarga atau kawan-kawan kita.

Ini ayat emak yang protective. 
"Isteri kau tak tahu masak ke?"
"Isteri kau tak pandai jaga anak ke?"


Ini ayat emak yang memahai pasangan anak.

"Kau tak ajar isteri kau hormat orang ke?"
"Kau tak ajar isteri kau masak ke?"

Masalah Lelaki anak emak dalam kalangan wanita pula.

* setiap perlakuan sentiasa salah dimata ibu lelaki
* sentiasa menjadi orang yang lemah
* tidak bahagia
* perempuan paling derita

=> walaupun hakikatnya semua ini dugaan Allah tapi manusia berhak untuk berusaha ke arah itu.

Tanda-tanda lelaki anak emak dan emak seorang "protective"


  1. setiap isu yang timbul dalam hubungan berpunca daripada emak lelaki
  2. setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki ada nama mak.
  3. emak lelaki akan mengaturkan segalanya tentang anak tanpa berbincang dengan perempuan
  4. kerap menyalahkan pasangan anak
  5. lelaki sentiasa membuat keputusan berdasarkan kata-kata emaknya
  6. lelaki enggan mendengar dari pasangan
  7. lelaki hanya menyalahkan keluarga pasangan

Wahai para ibu?(PEREMPUAN)

Kita juga pernah menjadi menantu, jadi pahitnya itu kita juga pernah merasakannya.
Kita juga pernah merasa susah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain jadi fahamilah.
kita juga pernah merintih, jadi perlukah kita biarkan perempuan lain merasakan benda yang sama?



PENGAJARAN DARIPADA LELAKI ANAK EMAK 


  • Mungkin kita beranggapan memang wajib lelaki untuk menghormati emaknya tetapi dalam sudut sudah berpasangan perasaan pasangan wajar dipentingkan terlebih dahulu. 
  • hubungan yang sewajarnya dikemudi oleh lelaki akhirnya dikemudi oleh kaum wanita.

-mungkin zaman sekarang sudah tiada konsep lelaki anak emak tetapi percayalah cerita yang ditayangkan di tv bukan hanya tontonan tetapi juga sebagai pengajaran. 

Perempuan di luar sana bila sudah mendapat pasangan begini baik anda fikirkan mana yang baik dan buruknya. Mungkin kita tidak nampak tapi bertanyalah dengan ibu bapa kita dan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Insya Allah akan ada jalan ke arah meperoleh lelaki yang betul-betul memahami konsep kehidupan dan tidak memberikan penindasan pada satu pihak.


Tuesday, October 15, 2013

Pinjaman Percuma Yang Kita Tidak Pernah Terfikir Tentangnya?

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah....



Pernah tak kita terfikir Apa yang kita miliki ini hanya pinjaman?

Harta? kasih sayang? udara? langit? cahaya? pantai? semuanya? ah! termasuk ROH dan JASAD kita ini siapa yang punya? semuanya hanya PINJAMAN semata-mata.

Sejauhmana kita menyedarinya kita perlu menelitinya. Bagaimana?

Bagi yang kaya mereka memiliki segala harta kekayaan tetapi itu siapa punya? Adakalanya kita lupa dan sering beranggapan itu kita punya tetapi sedarkah tidak kita itu hanya pinjaman. Bila kita berada di tempat orang di mana tiada siapa yang kita kenali di situ kita menyedari yang kita ada itu hanya pinjaman.

Bagi yang miskin pula, ya kita tidak memiliki harta tetapi sedarkah kamu bahawa kita diberi pinjaman kasih sayang yang orang kaya tidak ada. Cuba renungkan. Walaupun kita miskin tapi kita ada banyak kasih sayang yang orang lain tidak miliki.


"Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(surah al Hajj ayat: 64 )

Bila berada ditempat orang tanpa ada siapa di sisi di situ kita mengetahui kita ini kaya atau miskin dan apa itu pinjaman. Allah mengujarkan kita untuk berhijrah. Maksudnya melihat alam sekeliling kita ciptaan-Nya. MashaAllah... SubhanAllah.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah At-Taubah : 24)

Pinjaman yang Allah bagi tu ada di mana-mana. Sebagai contoh tika kita dalam kesusahan di tempat orang tiada kenderaan untuk pergi ke satu destinasi dan kemudiannya Allah menurunkan pertolongan. Nah! Apakah itu? bukankah itu satu bentuk pertolongan?.. MashaAllah.

Allah sentiasa mengetahui apa keperluan kita dan Allah menberi ujian hanya berdasarkan kemampuan kita. Saat berada di tempat orang mungkin kita berkira-kira tiada siapa akan mengenali kita. Tapi tidakkah kita berfikir bahawa kita semua mahkluk ciptaan Allah.

Saat sedih ditempat orang dan tiada siapa yang mengetahuinya dan ketika itu Allah menurukan beberapa bentuk petolongan kecil bagiNya tapi amat besar bagi kita. Saat itu adanya teman untuk kita meluah mendengar rintihan kecil dan mendengar setiap tangisan kita. Nah, itu dia pertolonganNya.

Ketika kita sakit, terlantar di tempat orang dan kaum keluarga tiada apakah wajar kita mengatakan saat sakit yang Allah bagi itu satu penderitaan padahal sakit itu pengampun dosa. Besar betul pinjaman yang Dia bagi selama ini. Diberi-Nya kesihatan pada kita tapi kenapa tiba Dia memberi kesakitan? Pasti alasannya agar kita sedar hanya Dia pemilik segalanya.

Sanggupkah kita mengatakan hidup kita ini miliki kita? padahal semuanya hanya pinjaman.

Hari ini, saat aku bersendirian di tempat orang. Melihat sekeliling aku kosong dan tiada siapa yang sanggup menemani aku dan airmata namun Allah memberikan aku kesihatan untuk melakukan solat sunat aidiladha. Waktu itu aku merasakan ya Allah khilafnya aku.

 Ada seseorang yang tidak aku kenali menegurku.

"Anak tak balik?"
"Tak pak cik, saya orang jauh."
"Jemputlah pi korban nanti."
"In sha Allah"

Hanya dua ayat cukup bagi aku. Kenapa? kerana hidup di muka bumi ini hanya kita yang menentukan sama ada kita sedar atau tidak. Kita tidak pernah bersendirian. Allah senitiasa ada melihat kita. Mendengar setiap rintihan hati kita. Perlukah kita mengatakan kita sendirian?


Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah An-Nisaa-ayat 126) 

Ya Allah, kembara sufi aku di tempat orang menyedarkan aku bahawa segala yang aku miliki hanya pinjaman tatkala berada di tempat sendiri aku rasa aku kaya akan kasih sayang keluarga tercinta tapi saat berada jauh di perantauan kau turunkan aku dengan insan lain yang masih mampu mengubat sedikit kerinduan ini.

Ya Allah tatkala aku merasakan hidup gah ditempat sendiri dengan harta kekayaan namun bila di tempat orang aku sedar. Harta aku miliki ini bukan pula milikku. Semuanya milik-Mu.

#p/s wahai manusia celiknya iman kita bila celiknya fikiran kita. Padangan ciptaan-Nya pasti kita tahu tidak semua yang kita miliki ini akan kekal abadi tapi percayalah Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

Thursday, October 10, 2013

HOMESICK.........

Assalamualaikum.....

Bismilahirahmanirahim....


#coretan buat perantau seperti saya....


Saya bukan anak perantau tapi saya belajar jadi perantau.. Hijrah itu sesuatu yang baik semoga atas niat hijrah saya ini menguatkan iman saya dan menambahkan kasih saya atas segala kurniaan-Nya.

Raya datang lagi, walaupun raya haji je tapi tetap raya dihati saya. Hari jadi nenek saya dan hari yang saya sangat rindu setiap masa.

Saya cuba tahan air mata saya tapi akhirnya saya menangis lagi. Saya rindu ibu bapa saya, adik saya, bilik saya dan famili yang tercinta tak kira lah siapa, sebab saya memang banyak orang sayang dan rindu. Bila buka facebook, watapp dan line hari-hari famili dan kawan-kawan mesej saya tanya bila nak balik.

Ah!! sampai bapa sedara saya yang duk kat Gombak pun tanya soalan sama. Nampak kan saya ni banyak sangat kasih sayang!. Ya hati saya dah sampai di Kuching. Tapi apa daya saya sekarang?? Kalau saya berputus asa sekarang bermaksud saya belum boleh menyempurnakan niat saya.

Saya tengah belajar menyucikan hati saya, belajar untuk jadi lebih kuat dan sabar. Andai suatu hari nanti orang kesayangan saya tiada di manakah tempat saya berpaut! JADI saya hanya nak mencari hakikatnya Allah selalu untuk saya.

Setiap kali memandang ciptaan-Nya ditempat orang saya merasakan ibu dan bapa saya sedang memerhati ciptaan yang sama. Ah! mak...nampak tak cantiknya cuaca hari ini kat tempat orang? Mak...tahu tak makanan yang saya makan kat tempat orang tak sehebat rasanya yang mak masak. Tapi segala yang saya ada ini pinjaman,jadi saya kena hargai nikmati dan bersyukur.

Mak... sebenarnya anak mak tak kuat. Tapi mak kena ingat nanti bila mak sudah tiada mana tempat saya? Ada tak adik beradik saya sanggup ganti tempat mak? pasti tidak! tapi in sha Allah akan ada lelaki yang buat saya ingat yang mak saya adalah orang HEBAT, sebab melahirkan anak yang berhati kental dan sangat bijak menguruskan diri.

kaum keluarga dan sahabat handai saya... semuanya kena faham kenapa kita dipertemukan dan dipisahkan. Adalah penting untuk kamu tahu bahawa siapa korang dalam hati saya. PENASIHAT yang setiap masa saya perlukan! Kasih sayang tu saya susah nak dapat kat orang lain tau!! Pastinya keluarga baru tak akan seperti itu. Tapi in sha Allah moga dengan kasih sayang itu mengingatkan bahawasanya Allah sangat sayangkan saya sebab wujudkan awak semua.

#p/s im crying while writing tis part and i cant endure my feeling any more. May Allah bless us.^_^ selamat hari raya qurban! esok saya nak puasa -_-

Tuesday, October 8, 2013

SINGLE...BERTUNANG ...DAN..BERKAHWIN...





Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahim...


#buat tatapan para pembaca yang single...bertunang dan berkahwin....^_^


Single???
"Ah!bosan tol single,hp xde org text,hp baling ke laut je r!!"

Bertunang??
"Ah! nak kawen belum cukup modal!!"

Berkahwin??
"Mana dengan bil-bil, mana dengan makan hari-hari, belanja transport anak-anak pula!!!"


Bila kita renung semula, setiap apa yang berlaku dengan kita semuanya ada sebab yang tersembunyi dan kita tidak ketahui. Mungkin orang yang berkahwin sekarang merasakan mereka inginkan kehidupan yang single. Tapi orang yang bertunang pula tak sabar nak kahwin.

Namun pernah ke tidak kita berfikir kenapa setiap hubungan itu ada halangannya masing-masing?? Kenapa kita? mengapa kita?

Sebab Allah nak uji sejauhmana kita bersabar,jadi seorang yang ikhlas. Hanya Allah yang tahu sama ada kita sudah bersedia atau tidak!

Tapi sejujurnya Allah sangat tidak menyukai hambanya yang memilih untuk sentiasa berseorangan "single".

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
surah ar Rum ayat 21 


Ingin saya ingatkan di sini Allah mencipta kita berpasangan terpulang pada kita untuk memperbetulkan bagaimana. Bagi pasangan yang bertunang belajar untuk saling menerima dan memahami. Konteks lebih tepat bukan hanya menerima dan memahami pasangan sahaja tetapi juga keluarga pasangan. Walaupun hakikatnya sukar tetapi belajar untuk memahami dan saling menghormati itu penting. 

Bagi lelaki, jangan hanya inginkan perempuan memahami keluarga lelaki tetapi menjadi satu kewajiban lelaki untuk memahami keluarga perempuan juga. Bukan apa, jadi bakal suami ini kita perlu tunjukkan keikhlasan dan tanda kita menghormati keluarga perempuan agar ibubapa perempuan lebih berkeyakinan kita mampu untuk menjaga dan mendidik anak mereka.

Begitu juga dengan perempuan, JANGAN bila sudah mempunyai keluarga yang baru keluarga yang membesarkan dan mendidik kita dari kecil ditinggalkan. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun.


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
surah an nisaa' ayat 36 


Bagi yang telah berkahwin, apa sekalipun ujian dan cubaan Allah berikan bersabarlah dan ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup ini tidak sempurna dan yang sempurna hanya Allah. Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. In sha Allah keluarga sakinah itu datang dari diri kita sejauhmana kita mengkehendakinya sejauh itu kita perlu berusaha kepada-Nya. 

#Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah... 

Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan... 

Sunday, October 6, 2013

AYAT KITA ADAKALANYA MENYAKITKAN....

Assalamualaikum....

Bismillahirahmanirahim....


*sebagai renungan kita bersama...



"Patut pun dapat pasangan camtu, perangai kau sama je kurang ajar?"
"Hati busuk!!!"
"Nape tak faham bahasa ni?"
"Ko ni dah lah muka buruk hati pun busuk!!"
"Harap muka je cantik hati!!! Pi cermin balik!"
"Badan gemuk tu yang buat otak singkat!"

Manusia ini bila dia mula bercakap tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang padahal semua yang mereka luahkan itu adakalanya menyakitkan dan adakalanya benda yang sama juga jadi kat dia cuma dia perasan atau tidak.

Pernah ke tidak kita berfikir orang yang kita kutuk tu siapa? pernah tak kita bertindak sedemikian rupa?

Nah?? dapat tak jawabannya?? kita belum sempurna untuk memperkatakan keburukan orang. Yang mengeluarkan tutur kata pula tidak pernah berfikir siapa dia untuk berkata-kata. Harus diingatkan setiap kata ialah doa dan setiap yang kutukan yang kita keluarkan mungkin tidak nampak sekarang jadi pada kita nanti??

Siapa yang akan mengetahuinya??? siapa? semua itu urusan Allah...

Orang yang mengatakan orang lain kurang ajar padahal dia sendiri bagaimana pula?

#AL-KISAH si pengutuk dan orang yang dikutuk..^_^

"Padan ah dapat laki camtu, ko tu kurang ajar! Nanti kau tengok lah apa akan jadi pada hidup kau!"

Perempuan yang tadinya senyap dan tersentap meneruskan langkah meninggalkan rumah. Dalam hati penuh soalan dan tanda tanya. Mana lagi silap aku kali ini? keluar tak bagi tahu?? rasanya siap bersalam tadi. Laki tu tak datang jumpa dia ke? ah! tak kan tiap kali keluar nak buat benda sama padahal dia dah tahu kot?

"KURANG AJAR" ayat terngia-ngia diseluruh pelusuk hati dan jiwa. Andai aku kurang ajar kau pula?? lebih ajar ke? sampai setiap apa permintaan ibu bapa tak pernah kau hiraukan. Aku? ya memang adakalanya aku degil tapi kalau sampai tahap kurang ajar tak de pula. Kau cukup sempurna ke nak kata aku kurang ajar? setiap perlakuan kau yang buat ibu menangis? setiap tingkah laku kau yang buat ibu risau pernah kau fikir?

Ya aku kurang ajar sebab selalu keluar dengan lelaki yang kau tak suka. Tapi nak buat camne. Dah tu pasangan aku, paling-paling aku normal. Paling-paling laki tu aku dah perkenalkan dengan korang. Kau?? SIAPA DAN APA KAU BUAT!!!

Dalam pada itu hatinya berkata...

"Ya Allah sesungguhnya engkau yang maha kuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui yang ghaib. Jika sekiranya lelaki ini baik untukku, untuk agamaku, untuk dunia dan akhiratku maka dekatkanlah. jika sebaliknya baik untukku, untuk agamaku, untuk dunia dan akhiratku maka dekatkanlah."
Sebaknya, dan dalam tangisan hati itu dia meneruskan langkah kerana dia yakin Allah mengajar dia untuk menjadi lebih sabar.  Mungkin Allah menunjukkan kekurangkan ku sekarang, dan Allah menutup aib mu kerana kau KAKAKku... Semoga Allah memberikan kau pertunjuk dan sedar apa yang kau lakukan lebih terkutuk dariku.



# Alkisah si badan gemuk...

"dah lah gemuk hari busuk!"

Ya aku gemuk, tapi hati aku tidaklah busuk. Cuma apa yang aku lakukan kerana perbuatan korang. Pernahkah korang terfikir bagaimana korang mengherdik aku?? berapa baik layan aku terhadap anak kau dan akhirnya kau mengatakan aku ini orang yang hina.

Dijajar cerita aku dengan semua, tapi padahal apa yang aku buat hanya untuk mengelakkan anakmu terus mendapat malu. Keluarga entah apa-apa, ibu-bapa tak tahu mana pergi. Itu semua tomahan orang yang aku dengar tapi aku tidak pernah bersuara.

Kenapa?

Kerana kau keluargaku, tapi sekarang aku tidak mampu bertahan lagi kerana sehingga begini korang buat hidup aku padahal aku menjaga anakmu.


#PENGAJARANNYA... sebelum kita mengutuk orang dengan kata-kata yang tidak baik, fikir dulu apa betul tindakan kita? layak kita hendak meletak hukuman?

*untuk menjadi sempurna dimata orang lain memang payah, baik jadi sempurna dimata Allah....Seribu kali kita mencuba memperbetulkan kesilapan kita belum tentu satu tindakan yang kita hendak perbetulkan manusia lain boleh terima tetapi di hadapan Allah, sekeji mana perbuatan kita Dia tetap memberi pengampunan.



Tuesday, October 1, 2013

Adakah kita sedar??

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim....



#hanya orang yang ada mata dan ada hati... selebih tu baik takyah bace k!! bukan nk cakap tentang siapa2...just utk renungan bersama...



Adakalanya kita tidak sedar sebenarnya apa yang kita lakukan tidak juga betul dan tidak juga salah tapi jangan hanya berlandaskan satu pegangan tanpa memikirkan yang tertulis dalam Al-Quran dan diajar berlandaskan sunnah. Saya bukan juga pandai bab2 agama ni tapi kita sama2 belajar dan meneliti.

Kalau nak diceritakan bab mentaliti memang adakalanya kita ini mengikut adat tapi adat tu kadang-kadang ada baiknya. Dengan adatlah maruah seseorang itu lebih terjaga dan terjamin. Sebagai contoh, adat selalunya melarang untuk kita keluar tanpa kebenaran ibu bapa, namun kerana mentaliti orang sekarang yang "open minded" adat ini tidak dihiraukan. Jika kita lihat kesan pada adat itu kepada diri seseorang sangat mudah sebenarnya. Jika kita keluar tanpa kebenaran tambahan orang yang tidak diketahui, apa2 yang berlaku diluar kawalan kita siapa yang akan menanggung risiko tersebut. Adat ini menunjukkan kejatian diri kita sebenarnya.


Jika dilihat dari sudut siapa yang harus ditaati pula, Dalam Al-quran juga menceritakan tentang ketaatan kita kepada ibu bapa akan mendapatkan keredhaanNya, Namun ada sesetengah orang cuba mengetepikan tentang erti taat itu sendiri. Ya, memang perempuan wajibnya mengikuti si Suami tetapi sebagai suami dia sewajarnya mendidik isterinya untuk menjadi anak yang taat kepada ibu bapa. Bagaimana cara kita melakar kehidupan kita sekarang dan begitu jugalah akan terjadi di masa akan datang. "WHAT YOU HAVE DONE AND WHAT YOU GET BACK!". We deserve based on what we have done to others.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)


“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sepanjang tempoh kita membesar pernahkah kita terfikir siapa orang yang layak untuk dihormati? disayangi? dan ditabur bakti? Jika kita melihat dalam konsep memetingkan diri, layakkah kita untuk berpaling dalam satu takuk lain hanya kerana takuk yang lama memberikan seribu kepayahan?

Hormat? bukan dari sudut kewangan tapi hormat dari sudut siapa yang betul-betul ikhlas memberikan kita segalanya tanpa meminta sebarang balasan. Dari sudut adat kita patut menghormati orang tua dari kita. Tapi dalam konteks kehidupan sekarang hormat itu tidak berpegang pada konteks siapa tua tapi siapa yang memiliki harta! Itu adalah asas yang salah.

Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.(An-Nisa Surah ke 4: Ayat ke 86) 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". (surah Al-bakarah ayat 24)
Petikan kata2 dari sesorang yang sangat saya kagumi.

"tak kisah lah banyak mana orang menolong mu pasti suatu hari ada orang lain pula yang menolongnya, begitu juga sebaliknya. taburlah budi pada siapa sahaja tapi jangan sama sekali menunjuk-nujuk kerana Allah itu yang berhak untuk membalasnya dalam konteks apa sahaja."

p/s Berilah kasih sayang kita kepada siapa sahaja kerana kasih sayang Allah itu lebih hebat dan besar, berbaktilah dengan orang yang berbakti dengan dirimu bukan berbakti dengan orang yang melihatimu. Hormatlah orang bukan pada kedudukannya tapi hormatlah orang yang patut dihormat.



::tukar cara berfikir, bukan bermaksud menukar cara hidup dan jati diri::

Wednesday, September 25, 2013

Apa yang kita perlu??

Assalamualaikum...

Bismilahirahmannirahim.....


Topik yang saya nak ketengahkan kali ni tentang human basic NEED AND WANT....

Need tu merupakan keperluan yang semua orang nak dan semua orang perlu, kalau tidak memilikinya pasti hidup kita tidak lengkap. Lebih kepada keperluan asas sebagai manusia. Contohnya seperti, rumah, makanan, dan kasih sayang.

Want pula merupakan satu cabang kehendak manusia saja. Tidak memiliknya pun tidak mengapa.  Contohnya seperti rumah banglo, makanan di tempat hotel 5 star dan apa-apa sahaja yang melebihi daripada sewajarnya kita miliki.

Sekarang saya rasa terpanggil untuk menulis tentang Keperluan dan Kehendak ini kerana saya merasakan sesetengah orang gagal membezakannya mengikut peredaran zaman sekarang.

Menurut perspektif Psikologi

Maslow (1968,1970), Teori Hierarki Maslow (Maslow’s Needs-Hierarchy Theory) diperkenalkan oleh Maslow. Maslow mencadangkan bahawa manusia mempunyai lima keperluan peringkat tinggi.

=>keperluan Fisiologikal (Physiological Needs) – Manusia memerlukan keperluan fisiologikal tertentu seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan.

=> Keperluan Keselamatan (Safety Needs) – Maslow berkata apabila keperluan fisiologikal telah dipenuhi dengan memuaskan. Barulah keperluan keselamatan dirasakan perlu. Setelah mendapatkan makanan dan minuman yang mencukupi. Barulah kesejahteraan diri anda keselamatan dan perlindungan akan mempengaruhi tingkah laku.

=> Keperluan Sosial (Social Needs) – Apabila telah merasa selamat dan telah mempunyai makanan serta minuman yang mencukupi maka keperluan sosial akan menentukan tingkah laku.

=>Penghargaan Diri (Esteem Needs) – keperluan untuk keyakinan diri, kebebasan, pencapaian, kecekapan dan pengetahuan. Keperluan ini mempunyai hubungan dengan reputasi seseorang. Keperluan untuk status, pengiktirafan, penghargaan dan penghormatan.

=>Pencapaian Hasrat Diri (Self-Actualization Needs) – keperluan paling utama mula mempengaruhi tingkah laku seseorang apabila kesemua keperluan peringkat rendah telah dipenuhi dengan agak memuaskan. Keperluan hasrat diri memotivasikan kita untuk mengenali keupayaan kita sendiri, meneruskan pembangunan diri dan menjadi lebih kreatif.



Menurut perspektif islam pula,

Sarjana ekonomi Islam seperti Afzalur Rahman (1985), M.A. Mannan (1986: 47-48) dan Muslehuddin (1980: 58) mengklasifikasikan barangan keperluan manusia kepada tiga iaitu; barangan keperluan asas, barangan keperluan kecekapan dan barangan mewah. Pengguna Islam hanya berbelanja dalam klasifikasi keperluan asas (dharuriyat) dan barangan kecekapan (hajiyat) sedangkan yang lebih dari itu adalah membazir dan tidak produktif.

Dharuriyat (barangan keperluan asas); semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta. 
Hajiyat (barangan kemudahan dan keselesaan); benda yang membantu meningkatkan kecekapan, memudahkan hidup manusia dan meningkatkan kualiti kehidupan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?”                                                                                                                                                                      (al-a’raf: 32)“Apabila Tuhan sudah mengurniakan rezeki-Nya ke atasmu, Ia lebih suka melihat rezeki-Nya itu pada dirimu (dalam bentuk pemakanan, pakaian dan kehidupan yang baik)”.                                                                                                                                                (Riwayat Abu Dawud)


Kamaliyat (barangan mewah); Benda yang tidak membantu meningkatkan kecekapan tetapi mungkin sebaliknya. Ia adalah barangan-perkhidmatan yang menunjukkan gaya, prestij, perbezaan, kemegahan, kemewahan, kesempurnaan dan kelayakan. 
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir”.
     (al-Ma’arij:19)

menurut perspektif ekonomi pula,



:::MY POINT:::

Jika dibandingkan menerusi ketiga-tiga perspektif ini terdapat persamaan iaitu keperluan merupakan sesuatu yang asas untuk terus hidup. Namun demikian, cara mereka mengkategorikan kerperluan tersebut mengikut sudut kefahaman masing-masing. Jika kita lihat dalam peredaran zaman sekarang separa daripada kehendak kita sudah menjadi satu keperluan. CONTOH!!! telefon bimbit, kereta.

Jika kita lihat semula menerusi teori Maslow di mana beliau menekankan bahawa Keperluan Fisiologi itu hanya makanan, minuman dan tempat perlindungan dan bergitu juga perspektif ekonomi namun begitu dalam unjuran Islam pula menekankan bahawa semua benda asas yang diperlukan bagi kehidupan manusia bagi melindungi diri, agama, akal, keturunan dan harta ialah merupakan keperluan asas. Perbezaan di sini amat ketara jika kita bandingkan menerusi "priority". 

Zaman sekarang priority setiap manusia merupakan sesuatu yang berbeza daripada teori dan prespektif tertentu. Hal ini adalah kerana pembagunan tanpa had dan batasan. Contohnya, teori Maslow menekankan tentang tempat tinggal, ya tempat tinggal memang asas yang diperlukan namun bila kita fikir secara wajarnya tinggal di rumah sendiri atau menyewa?? mungkin di perkampungan orang masih mampu memiliki rumah sendiri tetapi bagi penduduk bandar mereka hanya mampu untuk menyewa. Hal ini kita lihat mampu mengubah pandangan kita terhadap teori Maslow. Tempat tinggal memang penting tetapi konsep keselesaan dalam teori itu sendiri telah menegah kita untuk mengatakan keperluan terhadap tempat tinggal itu satu yang teoritikal.

contohnya: rumah sewa dan menyewa bersama dengan orang lain kerana kos rumah sewa yang tinggi. konsep keperluan fisiologi boleh dicapai tapi tidak sepenuhnya kerana konsep keselesaan itu tiada.

Manakala, perspektif islam pula mengutarakan tentang perlindungan diri,agama, akal dan keturunan dan juga harta. Keperluan manusia berpadanan dengan apa yang seharusnya dan sewajarnya dimiliki. Perspektif ini merupakan sesuatu yang sewajarnya kita fahami di mana dengan ada perlindungan diri iaitu tempat tinggal yang selesa mampu menjadikan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan menghasilkan keturunan yang baik.

contohnya: rumah yang selesa, keadaan tempat yang selesa dan persekitaran yang selesa mampu menjadi tempat perlindungan diri yang selesa dan jaminan hidup yang lebih selamat dan lebih mudah.


OLEH ITU, keperluan sekarang bukan bermaksud tempat tinggal, makan dan minum sahaja tetapi perlu diingatkan juga separa daripada kehendak kita itu merupakan keperluan untuk kita menjamin hidup yang harmoni.

Kalau kita menggunakan kereta pastinya kita akan memikirkan kereta yang lebih berkualiti dan jaminannya tahan kerana apa?? kerana semakin banyak kita mengeluarkan wang dalam satu bahagian semakin kita payah untuk melaksanakan satu bahagian yang lain keperluan kita.

Kalau kita mengenepikan makanan yang berkhasiat pasti kesihatan pun kerap terjejas dan tabungan untuk bahagian lain pulakan sukar dilaksanakan.

Kesimpulannya, Hidup kita bukan asas pada teoritikal tetapi pada asas realiti! cerminan realiti itu akan nampak bila kita hanya berpegang pada  konsep kehidupan. Bersederhana dan jaminan keselesaan untuk hidup. Realitinya konsep keperluan dalam islam merupakan tunjang untuk kita menilai di mana aturcara hidup yang kita pilih. Rumah yang baik pasti keturuan yang baik dihasilkan. Harta bukan tidak penting tetapi harta yang berlebihan itu sahaja menjadi tentangan untuk dimiliki dan wajar dikongsi bersama.


::p/s mana tersilap saya dalam menilai ketiga-tiga perspektif ini tolong diperbetulkan. 
Za

ZA

Tuesday, September 24, 2013

Perkongsian Psikologi.....

Assalamualaikum...

Bismilahirahmanirahim....




Pengenalan

Murid-murid sekolah rendah merupakan jentera utama  dalam kelangsungan  bangsa madani  untuk memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda untuk keseimbangan potensi individu.
Pemahaman membaca dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu pada aras mudah, sederhana sehinggalah kepada aras yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong oleh Dechant (1981), Ismail Zakaria et al. (1992) dan Safi’ah Osman (1990) yang menekankan bahawa murid-murid seharusnya menguasai pemahaman membaca pada peringkat yang paling asas sebelum didedahkan kepada peringkat bacaan pada aras yang lebih tinggi. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid- murid yang gagal untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985).
Pernyataan tersebut memberi input kepada kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid adalah berpunca daripada kegagalan guru dalam mengaplikasikan amalan dan strategi membaca secara sistematik dan efektif. Dilihat daripada aspek psikolinguistik, membaca dan memahami akan melibatkan proses mencipta dan meneliti serta menggarap kemampuan mental untuk mencantumkan idea utama dan pada waktu yang sama juga melakukan banyak pertimbangan terhadap sesuatu informasi itu sama ada betul atau sebaliknya (Ismail Zakaria et al. :1992).

Oleh itu, penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai alternatif dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Justeru itu, pendidikan pemulihan digunakan untuk memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Permasalahan murid-murid lembap amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa malahan juga masyarakat dan kerajaan.



Masalah pembelajaran secara terperinci
Murid ini merupakan murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana gagal untuk semua subjek. Setelah dipantau masalah utama murid ini dia tidak mengenal huruf apatah lagi mengeja. Dia mula dihantar di kelas pemulihan pada tahun 2011 melalui markah ujian dignostik. Ujian ini telah dianjurkan bagi memastikan murid yang mempunyai masalah yang kritikal ini dapat dikesan.
Di samping itu, kemahiran menulis murid juga merupakan masalah utama di sini. Murid masih menulis huruf “c” terbalik. Melalui ini, kita dapati masalah murid ini sangat kritikal. Selain itu, hanya segelintir huruf sahaja yang mampu dikuasai murid. Dalam dua puluh enam huruf yang ada hanya sepuluh huruf yang mampu diingati murid. Antara hurufnya ialah “A b c d e f G H y Z”. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.

Masalah mengeja murid juga kurang baik kerana murid masih berpandu pada perkataan yang diberi guru. Jika disuruh mengeja murid akan mengeja dengan betul berdasarkan perkataan yang diberikan tetapi sebutannya pasti berbeza. Sebagai contoh, perkataan “kotak” sebutan jadi “botak”. Otak murid masih menghadapi kekeliruan dalam menyebut perkataan yang dieja.
Manakala, bagi subjek matematik juga sukar untuk dipahami murid kerana dia tidak pandai mengeja. Apatah lagi hendak menyelesaikan masalah untuk subjek tersebut. Tambahan pula, bagi subjek matematik ayat yang digunakan lebih sukar untuk difahami. Walaubagaimana pun, bagi subjek seperti sains sukar juga difahami kerana perkataan yang terkandung dalam subjek tersebut pula lagi sukar.
Bagi subjek yang lain, juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi bagi subjek ICT murid mampu menguasainya, kemahiran menggunakan computer murid agak baik kerana dia mampu menguasai permainan yang terdapat dalam computer dengan cekap. Manakala, penggunaan computer sebagai tujuan belajar murid tidak begitu mahir.

Faktor- faktor murid menghadapi masalah pembelajaran

1. Faktor Baka
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Alfred binet, Theodore dan Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran (Borich&Tombari,1997).
 Berdasarkan masalah yang dihadapi murid didapati masalah ini berpunca dari baka kerana abang sulung murid juga menghadapi masalah yang sama. Abang sulung Mohd. Rafizh Zamani merupakan murid di kelas pemulihan khas kerana menghadapi masalah “speak delay”. Jadi melalui kes ini faktor baka memainkan peranan penting kerana Rafizh juga menghadapi masalah yang sama.

2. Faktor Persekitaran
Ini merupakan faktor kedua terpenting kerana persekitaran sedia ada yang dihadapi Rafizh memainkan peranan dalam melengkapi kehidupan seharian dia. Menurut Papalia,2001, persekitaran bermaksud individu dan objek ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkara yang bukan genetic yang mempengaruhi seseorang individu. Persekitaran yang terdapat pada kes Rafizh ialah keluarganya seringkali berpindah randah menyebabkan tumbesaran kanak-kanak agak terganggu.
Selain itu, keadaan kelas Rafizh  iaitu kelas 3C Juga memainkan peranan penting di sini kerana kelas yang terlalu bising boleh mengganggu minda Rafizh untuk memproses data dengan pantas. Tinjauan literature atas hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian murid dibuat oleh beberapa kajian seperti Clark (1994) dan Fatanah (1997) menunjukkan bahawa persekitaran keluarga mempunyai hubungan dengan pencapaian murid.Berdasarkan pernyataan di atas, peranan persekitaran keluarga amat mempengaruhi prestasi pembelajaran kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku maka mereka akan lebih terdorong untuk meminati dalam pelajaran dan begitulah sebaliknya.

3. Faktor Psikologi
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Rafizh itu sendiri dalam membentuk keminatan membaca ini. Dia sangat tidak sabar untuk balik pada hari Jumaat kerana hendak bermain.

4. Faktor Individu

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid- murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Dalam konteks ini, faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran. Kita dapati Rafizh memang seorang murid yang lemah membaca apatah lagi mengenali huruf. Menurut Juriah Long, (1990) membaca didefinisikan kepada dua proses iaitu mengenal pasti simbol-simbol dan juga hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan simbol-simbol tersebut.


5. Kaedah Pengajaran Guru

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu, kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Bagi masalah Rafizh sebaliknya di mana dia tidak seharusnya dicampuradukkan dengan murid yang hiperaktif ini, kerana dia akan menjadi salah seorang murid yang tidak diberikan perhatian.

6. Faktor Pemakanan

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , dalam kes Mohd Rafizh dia tidak hiperaktif tetapi mungkin pemakanan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan minda kanak-kanak tersebut. Makanan seperti kekacang, buah-buahan sangat penting untuk pembesaran tetapi Mohd Rafizh hanya makan sayuran kampung yang mungkin tidak elok untuk tumbesarannya.


Cadangan bagi mengatasi masalah pembelajaran
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsistendengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam.

Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung.  rakan mereka yang beruntung. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun.

Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu. Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

Selain itu, ada beberapa cara lain untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman.

Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.


Penutup
Masalah membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesan psikologi kepada individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan diri sendiri sekiranya mereka memiliki kebolehan membaca yang baik. Mengikut Md. Daud (2005), terdapat ramai murid yang tidak mampu bertutur dengan baik semasa mereka menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya.
Membaca dan memahami merupakan suatu proses yang perlu dilakukan secara serentak. Kegagalan murid membaca dan memahami teks terutamanya pada peringkat Tahun 1 menunjukkan kegagalan murid mengurusi fungsi mental tertinggi (ZPT) bagi menguasai sesuatu kemahiran (Vygotsky 1935). Justeru, guru harus memainkan peranan dengan memberikan bantuan mengikut tahap-tahap yang diperlukan oleh murid intervensi tersebut.

Fenomena di atas memberikan gambaran kepada kita bahawa guru-guru perlu mengaplikasikan konsep psikolinguistik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca dan memahami terhadap murid-murid LINUS ini. Seperti yang dinyatakan oleh Mengantar Simanjuntak (1982), bahawa masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa sebenarnya adalah masalah psikolinguistik. Malah Ahmad Foad Hashim (1989), dalam Abdul Aziz Talib (1989), turut mengatakan bahawa jika guru ingin pengajaran dan pembelajaran membaca menjadi berjaya dan berkesan, maka perkara itu perlulah bersandar kepada teori linguistik yang mampu menerangkan sesuatu takrif bahasa, asal usulnya, cara bekerja dan cara bagaimana sesuatu bahasa itu terhasil dan dapat difahami.

Murid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata- mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, dan Sains. 

Refleksi 
Saya membuat refleksi ini berdasarkan analisi SWOT di mana, kekuatan yang saya dan Siti Robiani dapat dari kajian ini ialah guru-guru dan pihak sekolah saling memberi kerjasama yang baik. Di samping itu, kekuatan lainnya ialah saya menghasilkan kerja kursus ini secara berkumpulan bersama dengan Siti Robiani dalam mengumpul maklumat walaupun kami berlainan Kursus. Kekuatan yang lain ialah, ibu bapa murid ialah orang kampung saya jadi mudah untuk kami mengatur masa pada petang selasa dan diawalkan tidak mengikut tarikh yang ditetapkan.
Kelemahan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini ialah, saya tidak dapat menghuraikan dengan lebih terperinci mengikut teori yang sedia ada dan hanya berpandukan jurnal dan buku semata-mata. Selain itu, kami gagal berbuat seperti yang dirancangkan untuk berjumpa dengan ibu bapa murid pada hari rabu pagi. Peluang yang saya dapati daripada kerja kursus ini ialah mengenali masalah pembelajaran murid dengan lebih dekat. Di samping itu, saya mampu belajar beberapa kaedah pengajaran bagi murid yang menghadapi masalah ini. sekiranya saya diarahkan mengajar murid sebegini pasti saya akan memastikan saya mengenali murid dengan lebih dekat agar saya mampu membimbing murid saya dengan baik.
Berdasarkan situasi yang telah saya hadapi sepanjang membuat kerja kursus ini terdapat pelbagai cabaran yang saya dan teman saya iaitu Siti Robiani hadapi. Pertama kami kesuntukkan masa dalam mencari bahan-bahan rujukan dan masa untuk menghasilkan laporan yang baik. Berdasarkan kajian ini hanya diperuntukkan dua minggu untuk menghasilkan kerja kursus. Kesukaran untuk mendapatkan murid yang sesuai dan masa yang sesuai. Setelah mengenal pasti guru pemulihan Khas dan mendapatkan maklumat daripada dia baru kami dapat meneruskan kerja kursus ini.
Sebagai penambahbaikan saya dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan lima elemen penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran  berjalan. Lima elemen tersebut ialah membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan kesalahan murid semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut. Kedua, melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi kesan yang baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan yang cukup memberi kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik. ketiga, aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar, padanan kad perkataan/perkataan, suaian kad-kad sukukata/cantuman membina perkataan.keempat, Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama antara mereka memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang lemah dengan murid yang lebih maju. Terakhir, mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar. Menggunakan kaedah konvensional dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.


 

effa NEW entry ^_^ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos